Skip to main content

Malaysia

Kyrgyzstan haramkan pembakaran mayat manusia

[TB]_Japarov Sadyr_FB Japarov Sadyr
Langkah itu bertujuan memperkemas pengawalseliaan undang-undang dalam sektor pengurusan jenazah serta membezakan antara perkhidmatan ritual dan prosedur sanitari-teknikal yang melibatkan bahan biologi. - Gambar fail
Advertisement

BISHKEK: Presiden Kyrgyzstan Sadyr Japarov mengesahkan Rang Undang-Undang (RUU) yang melarang amalan pembakaran mayat manusia di negara itu sebagai undang-undang, menurut pejabatnya pada Selasa, lapor Sputnik/RIA Novosti.

"Undang-undang itu memansuhkan peruntukan yang membenarkan pembakaran - iaitu pembakaran mayat manusia - serta pengebumian dan pengebumian semula takar mengandungi abu mayat," kata pejabat itu.

Langkah itu bertujuan memperkemas pengawalseliaan undang-undang dalam sektor pengurusan jenazah serta membezakan antara perkhidmatan ritual dan prosedur sanitari-teknikal yang melibatkan bahan biologi, menurut kenyataan itu.

Di bawah undang-undang baharu itu, pusat pembakaran mayat hanya boleh digunakan bagi tujuan pelupusan sanitari tisu dan organ manusia hasil daripada aktiviti perubatan, manakala pembakaran mayat, termasuk janin yang digugurkan atau lahir mati, adalah dilarang sama sekali.

Undang-undang berkenaan akan berkuat kuasa 10 hari selepas penerbitan rasminya.

-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI

 

 

Must Watch Video

Advertisement