awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gerai Lemang Kijal bakal berwajah baharu, sedia kemudahan lebih selesa
Piala Malaysia: Selangor menang tipis1-0 ke atas NSFC di Paroi
Algeria bakal batal perjanjian perkhidmatan udara dengan UAE
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Sweden catat lebih 2,000 kematian, kes naik mendadak

Bernama
Bernama
24/04/2020
04:52 MYT
COVID-19: Sweden catat lebih 2,000 kematian, kes naik mendadak
Anders Wallensten bercakap pada sidang media harian berhubung perkembangan COVID-19 di Stockholm, 15 April, 2020. (Foto AP)
Seramai 16,755 orang di Sweden didapati positif COVID-19, dengan 751 kes baharu direkodkan antara Rabu dan Khamis, manakala angka korban berjumlah 2,021, lapor agensi berita Xinhua.
Kenaikan mendadak itu disebabkan peningkatan jumlah saringan COVID-19 yang diadakan oleh petugas perubatan, kata pakar epidemiologi Anders Wallensten pada taklimat harian.
"Kami tidak melihat adanya penurunan," kata Wallensten sambil memberi amaran, pandemik masih belum selesai dan menggesa semua rakyat Sweden untuk terus duduk di rumah.
Pada sidang media sama beliau turut mendedahkan jangkaan waktu puncak jangkitan ditetapkan pada 8 April dan bukan 15 April seperti yang dikatakan sebelum ini.
"Di Stockholm 26 peratus penduduk kemungkinan akan dijangkiti menjelang 1 Mei, jumlah itu agak rendah berbanding anggaran sebelum ini," kata Wallensten.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anders Wallensten
#COVID-19
#kematian
#kenaikan mendadak
#kes positif
#Pakar Epidemiologi
#pandemik
#Sweden
#wabak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan