awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
11 MoU dimeterai perkukuh kedudukan negara sebagai rakan strategik India
Enam maut dalam insiden bangunan runtuh di utara Lubnan
Aktivis Nobel Iran, Narges Mohammadi dijatuhi hukuman penjara tambahan tujuh tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala Malaysia: Selangor menang tipis1-0 ke atas NSFC di Paroi

Bernama
Bernama
08/02/2026
21:30 MYT
Piala Malaysia: Selangor menang tipis1-0 ke atas NSFC di Paroi
Pemain Selangor FC, Chrigor Flores Moraes (kanan) melepasi pemain Negeri Sembilan FC ketika mendapatkan bola pada perlawanan Piala Malaysia di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, pada Ahad. - Gambar Bernama
SEREMBAN: Selangor FC membawa bekalan tipis ke Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada 14 Februari ini selepas menewaskan Negeri Sembilan FC (NSFC) 1-0 pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam tadi.
Skuad kendalian ketua jurulatih Kim Pan Gon itu memperoleh gol tunggal perlawanan menerusi sepakan penalti Chrigor Moraes pada masa tambahan separuh masa kedua selepas beliau dijatuhkan pemain tuan rumah, Muhammad Harith Samsuri.
Terdahulu, Moraes hampir meletakkan Selangor di depan pada minit ke-76 namun jaringan hasil rembatan dari depan pintu gol itu tidak disahkan selepas semakan Video Bantuan Pengadil (VAR).
Pan Gon kemudiannya dilayangkan kad kuning kerana memprotes keputusan pengadil di luar padang.
Pasukan tuan rumah juga hampir memecah kebuntuan pada minit ke-80 menerusi sepakan percuma pemain import Jovan Motika namun percubaannya gagal menemui sasaran.
Aksi babak pertama menyaksikan kedua-dua pasukan memperoleh peluang terbaik untuk menjaringkan gol tetapi percubaan kapten pasukan Selangor, Mohamad Faisal Abdul Halim dipatahkan benteng pertahanan NSFC pada minit ke-29.
Skuad Jang juga hampir membuka jaringan pada minit ke-39 apabila sepakan percuma pemain import Aday Ali Abdulraheem Kharroub yang ditanduk Joseph Esso tersasar.
Empat minit kemudian, Selangor hampir menjaringkan gol menerusi situasi satu lawan satu Alvin Mateus Fortes dengan penjaga gol tuan rumah tetapi percubaannya hanya melepasi palang gol.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Piala Malaysia
#Selangor FC
#Negeri Sembilan FC
#Kim Pan Gon
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan