awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Tahap amaran di New York meningkat, syor pakai pelitup muka

Astro Awani
Astro Awani
19/05/2022
00:15 MYT
COVID-19: Tahap amaran di New York meningkat, syor pakai pelitup muka
Jabatan Kesihatan dan Kebersihan Mental mengeluarkan nasihat dan menggesa penduduk untuk menggunakan pelitup muka berkualiti tinggi apabila berada di dalam rumah dan di tempat awam. - Gambar fail/AP
NEW York mengesyorkan pemakaian pelitup muka di kawasan awam tertutup susulan peningkatan kes COVID-19 dalam komuniti yang tinggi dan tekanan terhadap sistem kesihatan awam semakin meningkat.
Bagaimanapun, Datuk Bandar New York Eric Adams memberi jaminan bandar itu tetap bersedia dan tidak panik walaupun ia memasuki tahap amaran COVID-19 yang tinggi.
"Saya bangga dengan apa yang kita lakukan dan bagaimana kita tidak membenarkan COVID-19 mendahului kita.
"Kita tetap bersedia dan tidak panik. Apabila saya lihat kepada kemasukan ke hospital dan kematian, angka kedua-duanya stabil," katanya pada Rabu.
Jabatan Kesihatan dan Kebersihan Mental mengeluarkan nasihat dan menggesa penduduk untuk menggunakan pelitup muka berkualiti tinggi apabila berada di dalam bangunan dan di tempat awam.
Ini termasuk di kedai runcit, lobi bangunan, pejabat, kedai dan ruang biasa yang dikongsi dengan individu lain seperti lif, tandas awam dan bilik mesyuarat.
Nasihat itu memberi perhatian khusus kepada individu berisiko tinggi mendapat gejala teruk dan kematian iaitu mereka yang berumur 65 tahun ke atas atau yang tidak mendapatkan vaksin.
Jabatan Pendidikan juga menghantar surat kepada keluarga untuk mengesyorkan semua pelajar sekolah awam memakai pelitup muka.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#pelitup muka
#kawasan awam tertutup
#New York
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan