awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: AS tambah sumbangan vaksin 500 juta

Astro Awani
Astro Awani
21/09/2021
23:15 MYT
COVID-19: AS tambah sumbangan vaksin 500 juta
Amerika Syarikat merancang untuk menyumbang 500 juta tambahan vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech kepada beberapa negara di seluruh dunia. -Gambar hiasan/AP
WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) merancang untuk menyumbang 500 juta tambahan vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech kepada beberapa negara di seluruh dunia.
Ini sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan sumbangan vaksin COVID-19 negara Uncle Sam itu lebih daripada 1 bilion dos.
Presiden Joe Biden yang akan menganjurkan sidang kemuncak maya mengenai COVID-19 pada Rabu dijangka mengumumkan butiran janji terbaharu AS itu.
Di perhimpunan agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa, Biden memaklumkan AS telah memberikan lebih daripada 15 bilion dolar sebagai tindak balas terhadap COVID-19.
AS membeli 500 juta dos vaksin Pfizer-BioNTech dan memberikannya melalui platform perkongsian vaksin global Covax.
AS mendorong para pemimpin global untuk menyokong sasarannya mengakhiri wabak COVID-19 termasuk memastikan 70 peratus penduduk dunia divaksinasi pada tahun 2022.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Joe Biden
#Pfizer-BioNTech
#COVAX
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan