awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lisa BLACKPINK jadi wajah kempen pelancongan Thailand bermula Januari 2026
Impian jadi penyampai radio? SINAR FM cari ‘Penyampai Emas’ baharu!
Harga runcit RON97, RON95 tanpa subsidi turun bagi tempoh 25 hingga 31 Dis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19 telah jangkit 80 peratus populasi China

Astro Awani
Astro Awani
22/01/2023
00:00 MYT
COVID-19 telah jangkit 80 peratus populasi China
Orang ramai beratur untuk menaiki kereta api bagi membolehkan mereka pulang ke kampung halaman sempena perayaan Tahun Baharu Cina. - Foto REUTERS
BEIJING: Kemungkinan berlaku gelombang jangkitan baharu COVID-19 di China dalam tempoh dua hingga tiga bulan akan datang adalah rendah.
Ia susulan 80 peratus individu di negara itu telah dijangkiti.
Ini didedahkan Ketua Ahli Epidemiologi Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit China, Wu Zunyou, menerusi satu kajian.
Beliau mendedahkan pergerakan besar-besaran rakyat sempena Tahun Baharu Cina meningkatkan risiko penularan.
Namun gelombang kedua COVID-19 tidak mungkin berlaku dalam masa terdekat.
Beratus-ratus juta rakyat China mengembara ke seluruh negara untuk meraikan perayaan Tahun Baharu Cina selepas sekatan dilonggarkan buat pertama kali dalam tempoh dua tahun.
Ini sekaligus meningkatkan kebimbangan mengenai peningkatkan kes COVID-19 di kawasan luar bandar.
Menurut seorang Pegawai Kesihatan Kebangsaan China, negara itu telah melepasi kemuncak COVID-19 bagi semua kategori pesakit.
Baru-baru ini, kerajaan China mengesahkan hampir 60,000 orang yang dijangkiti COVID-19 telah meninggal dunia di hospital setakat 12 Januari, kira-kira sebulan selepas China membatalkan dasar sifar COVID.
Tetapi sesetengah pakar mendakwa data tidak menggambarkan situasi sepenuhnya.
Ini kerana ia tidak termasuk angka mereka yang maut di rumah.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Tahun Baharu Cina
#gelombang jangkitan baharu
#pergerakan besar-besaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan