awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: China lapor hampir 60,000 kematian sejak sekatan dilonggar

Astro Awani
Astro Awani
14/01/2023
23:30 MYT
COVID-19: China lapor hampir 60,000 kematian sejak sekatan dilonggar
Orang ramai sabar beratur menunggu giliran di unit kecemasan Hospital Chaoyang Beijing susulan kenaikan kes COVID-19 secara mendadak di Beijing. - Foto REUTERS
BEIJING: China mendakwa hampir 60,000 orang dijangkiti COVID-19 telah meninggal dunia di hospital sejak negara itu secara perlahan-lahan melonggarkan sekatan dasar sifar COVID awal Disember lalu.
Ketua Biro Pentadbiran Perubatan di bawah Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan (NHC), Jiao Yahui berkata, antara 8 Disember hingga 12 Januari, jumlah kematian berkaitan COVID-19 di hospital seluruh China berjumlah 59,938 kes dengan purata jumlah umur 80.3 tahun.
Beliau berkata 5,503 daripada kematian itu berpunca daripada kegagalan pernafasan akibat COVID-19, manakala 54,435 disebabkan oleh gabungan COVID-19 dan penyakit lain.
Daripada pesakit yang meninggal dunia, 90.1 peratus berumur 65 tahun ke atas.
Kali terakhir China melaporkan angka harian kematian berkaitan COVID-19 adalah pada Isnin lalu.
Pihak berkuasa telah melaporkan lima atau kurang kematian sehari sepanjang bulan lalu, angka yang tidak konsisten dengan barisan panjang yang dilihat di rumah pengebumian dan beg mayat dilihat meninggalkan hospital yang sesak.
Walaupun pakar kesihatan antarabangsa meramalkan sekurang-kurangnya 1 juta kematian berkaitan COVID-19 tahun ini, namun China sebelum ini melaporkan hanya lebih 5,000. kematian sejak wabak itu bermula.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#kes kematian
#sekatan
#dilonggarkan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan