COVID-19: Thailand lapor lapan kes import baharu dalam tempoh 24 jam

Khairunnisa Kasnoon
November 15, 2020 11:43 MYT
Lapan kes import dilaporkan dalam tempoh 24 jam di Thailand\, menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara itu meningkat kepada 3,874 kes. - Gambar fail/AP
BANGKOK: Lapan kes import dilaporkan di Thailand dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara itu meningkat kepada 3,874 kes.
Bagaimanapun, tiada kes kematian baharu dicatatkan pada Ahad.
Menurut jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi bagi COVID-19 (CSSA), kes baharu tersebut membabitkan, empat warga Thailand, tiga dari India dan seorang warga Mesir yang didapati positif ketika kuarantin.
Empat rakyat Thailand itu, masing-masing baru pulang dari Belgium, Arab Saudi, Mesir dan Switzerland.
Sementara tiga warga India, yang kesemuanya tiada kaitan, disahkan positif COVID-19 selepas tiba pada 7 November lalu.
Manakala, lelaki warga Mesir yang tiba di Thailand pada 5 November lalu, disahkan positif tanpa sebarang simptom.
#Thailand #COVID-19 #kuarantin #CSSA #kes import #kes baharu #kes positif #Bangkok