awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Thailand rekod 12 kes baharu

Bernama
Bernama
07/11/2020
21:17 MYT
COVID-19: Thailand rekod 12 kes baharu
Thailand mencatatkan 12 kes baharu COVID-19 termasuk satu jangkitan tempatan menjadikan jumlah kes keseluruhan mencecah 3,830. - Gambar fail AP
BANGKOK:Thailand mencatatkan 12 kes baharu COVID-19 termasuk satu jangkitan tempatan menjadikan jumlah kes keseluruhan mencecah 3,830 sementara jumlah kematian kekal 60 dengan tiada kes kematian dilaporkan semalam.
Dalam satu kenyataan, Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) memaklumkan bahawa seorang lelaki warga negara India berusia 37 tahun, yang bekerja di sebuah restoran di Krabi, didapati positif jangkitan itu ketika membuat saringan COVID-19 untuk memperbaharui permit kerja.
"Pegawai kesihatan awam kini sedang giat menyiasat sumber jangkitan dan mengesan kontak pesakit," katanya.
Bangkok Post melaporkan bahawa 19 orang adalah kontak rapat pesakit, melibatkan 11 individu di hospital swasta dan lapan di rumahnya di Koh Phi Phi. Kesemua mereka didapati negatif COVID-19.
Sementara itu, CCSA memaklumkan daripada 11 kes COVID-19 baharu, dua daripadanya adalah pemandu trak warga Myanmar - seorang lelaki dan seorang wanita masing-masing berusia 29 dan 45 tahun.
"Mereka telah dihantar balik ke Myanmar untuk rawatan," katanya.
CCSA berkata baki sembilan kes COVID-19 baharu dilaporkan melibatkan masing-masing dua dari Perancis dan Amerika Syarikat serta masing-masing satu dari Emiriah Arab Bersatu, India, Mexico, Switzerland dan Belanda.
Semua didapati positif semasa menjalani kuarantin wajib.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Thailand
#India
#Myanmar
#Bangkok
#Mexico
#Switzerland
#COVID-19
#kesihatan
#warga india
#kes positif
#permit kerja
#jangkitan
#kontak rapat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan