awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Tiada bukti virus berasal dari China - Menteri Luar

Agensi
Agensi
28/08/2020
00:21 MYT
COVID-19: Tiada bukti virus berasal dari China - Menteri Luar
Wang Yi (kiri) berlaga siku dengan Menteri Luar Norway Ine Eriksen Soreide bagi menjaga jarak selamat dalam usaha mengawal penularan COVID-19 di Oslo, 27 Ogos, 2020. (Foto AP)
CHINA terus mempertahankan pendirian bahawa tiada bukti kukuh menunjukkan COVID-19 bermula di negara republik itu.
Menteri Luar Wang Yi menegaskan, isu melibatkan virus itu tidak sepatutnya dipolitikkan dan tidak seharusnya ada stigma terhadap China.
Malah, kata Wang pada Khamis, China merupakan negara pertama yang melaporkan kejadian jangkitan COVID-19 kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Namun, kajian yang lebih menyeluruh perlu dilakukan bagi memastikan dari mana virus itu berasal.
"China adalah negara pertama yang membuat laporan kepada WHO dan negara-negara lain mengenai kemunculan virus itu. Ia tidak bermakna virus itu berasal dari China.
"Dan, sebenarnya, sejak beberapa bulan lalu, kami telah memperoleh laporan dan maklumat baru yang menunjukkan virus itu muncul di negara lain, dan kebanyakannya berlaku lebih awal dari China," katanya.
Beliau berkata demikian di Oslo, semasa lawatannya ke Norway, sempena siri jelajahnya ke lima negara Eropah termasuk Perancis, Jerman dan Belanda.
Tegas beliau, kajian terperinci perlu dilakukan bagi memastikan negara asal yang membawa wabak berkenaan.
"Jadi, di mana virus itu bermula dan bagaimana ia bermula? Semuanya adalah tentang sains. Ia sepatutnya diserahkan kepada saintis dan pakar perubatan untuk mengendalikan kajian. Ia tidak sepatutnya dipolitikkan atau dijadikan stigma," tambahnya lagi.
Tambah Yi lagi, hubungan China-Norway akan terus ditingkatkan pasca COVID-19.
Sebelum ini, Presiden Amerika Syarikat Donald Trump lantang mengkritik China dengan bertegas menggelar koronavirus itu sebagai Virus China kerana mendakwa ia berasal dari sebuah makmal yang dibangunkan di negara republik itu.
Topic Berkaitan
#bukti
#China
#COVID-19
#dipolitikkan
#Donald Trump
#kesihatan
#koronavirus
#menteri
#Menteri Luar China
#negara asal
#Pertubuhan Kesihatan Sedunia
#perubatan
#presiden
#punca virus
#Sains
#stigma
#wabak
#wang yi
#WHO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan