LONDON:United Kingdom akan tutup semua koridor perjalanan berkuat kuasa Isnin.

Ini sebagai langkah melindungi rakyatnya daripada varian baharu COVID-19 yang belum dikenal pasti.

Penutupan koridor perjalanan ini akan berkuatkuasa sehingga 15 Februari.

Menurut Perdana Menteri Boris Johnson pengembara perlu menunjukkan bukti ujian saringan COVID-19 negatif sebelum dibenarkan memasuki negara itu.

Penutupan ini juga dibuat selepas negara itu laksana sekatan ke atas pengembara dari Amerika Selatan dan Portugal, susulan kebimbangan mutasi COVID-19.

“Akibat risiko penularan varian baharu dari luar negara, kita harus ambil langkah tambahan untuk menghentikan mutasi ini daripada memasuki negara.

“Semalam kami sudah mengumumkan sekatan penerbangan dari Amerika Selatan dan Portugal untuk melindungi kita semua daripada risiko virus yang belum dikenal pasti. Kami juga akan menutup semua koridor perjalanan bermula Isnin,” katanya.

UK catat lebih seribu kematian dalam tempoh 28 hari.

Ia terus catat peningkatan kes positif dan kini antara tertinggi di dunia.