awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 'Virus itu lemah, kita lebih kuat', China masuk fasa baharu

Agensi
Agensi
09/01/2023
08:45 MYT
COVID-19: 'Virus itu lemah, kita lebih kuat', China masuk fasa baharu
Dasar sifar COVID-19 menyebabkan kekecewaan dalam kalangan penduduk China serta mendatangkan kerosakan teruk terhadap negara ekonomi kedua terbesar di dunia itu. - Gambar/ AP
BEIJING: China akhirnya memasuki "fasa baharu" menentang wabak COVID-19 dengan pasaran kewangan dilaporkan semakin mengukuh selepas Beijing menamatkan kawalan sempadan akibat pandemik.
Memetik CNA, pembukaan semula sempadan bermula Ahad merupakan salah satu langkah terakhir menghapuskan dasar "sifar COVID" China selepas bantahan besar-besaran di negara itu sejak Disember lalu.
Dasar sifar COVID-19 itu menyebabkan kekecewaan dalam kalangan penduduknya serta mendatangkan kerosakan teruk terhadap negara ekonomi kedua terbesar di dunia itu.
"Hidup perlu bergerak ke hadapan! Hari ini, virus itu lemah, kita lebih kuat," tulis akhbar rasmi Parti Komunis, People's Daily memuji dasar kerajaan menentang virus yang beralih daripada "mencegah jangkitan" kepada "mencegah penyakit teruk".
Agensi berita Xinhua turut melaporkan China telah memasuki "fasa baharu" dalam usaha bertindak balas dengan COVID-19 termasuk pelaksanaan langkah pencegahan virusnya, perkembangan wabak dan peningkatan tahap vaksinasi.
Dalam pada itu, langkah Beijing untuk menggugurkan syarat kuarantin dijangka meningkatkan perjalanan keluar rakyat dari negara itu.
Namun terdapat beberapa negara menuntut keputusan ujian negatif daripada pelawat dari China dalam usaha membendung wabak yang memenuhi kebanyakan hospital dan krematorium China.
Secara rasmi, China hanya melaporkan sebanyak 5,272 kematian berkaitan COVID-19 sehingga semalam yang menyaksikan kadar kematian terendah di sana setakat ini.
Sementara itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan China tidak menyediakan laporan secara kerap mengenai skala wabak COVID-19 manakala pakar kesihatan antarabangsa menganggarkan lebih satu juta orang di negara itu berkemungkinan maut tahun ini.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#China
#Beijing
#WHO
#dasar sifar COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan