awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuaca panas: JPS Perak mohon operasi pembenihan awan
Serangan Israel di Gaza ragut 23 nyawa, antara hari paling berdarah sejak gencatan senjata
Washington Post umum pemberhentian satu pertiga tenaga kerja, kurangkan liputan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: WHO bimbang vaksin kurang berkesan tangani varian baharu

Astro Awani
Astro Awani
08/02/2021
21:30 MYT
COVID-19: WHO bimbang vaksin kurang berkesan tangani varian baharu
Dr Tedros mengakui bimbang dengan laporan bahawa vaksin mungkin kurang berkesan terhadap varian yang pertama kali dikesan di Afrika Selatan. -AP
GENEVA:Kewujudan varian baharu COVID-19, menimbulkan persoalan sama ada vaksin sedia ada berkesan atau sebaliknya.
Sehubungan itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendesak firma farmaseutikal untuk segera mengadaptasi vaksin keluaran mereka supaya ia kekal relevan terhadap apa jua varian baharu yang dikesan.
Ketua Pengarah WHO, Dr. Tedros Adhanom Ghebreyesus mengakui bimbang dengan laporan bahawa vaksin mungkin kurang berkesan terhadap varian yang pertama kali dikesan di Afrika Selatan.
"Kemunculan varian baharu virus telah menimbulkan persoalan mengenai potensi kesan varian tersebut terhadap vaksin.
“Semalam, Afrika Selatan mengumumkan bahawa ia akan menghentikan sementara pelancaran vaksin Oxford AstraZeneca setelah sebuah kajian menunjukkan ia efektif hanya secara minimum dalam mencegah penyakit ringan hingga sederhana yang disebabkan oleh varian dikenal pasti di Afrika Selatan.
Ini jelas berita yang membimbangkan,” katanya.
COVID-19 | WHO bimbang vaksin kurang berkesan tangani varian baharu
Jelasnya, terdapat beberapa peringatan penting dalam kajian dijalankan Afrika Selatan sebelum ia membuat keputusan menunda program vaksinasi.
Terdahulu, Ketua Bersama Jawatankuasa Penasihat Menteri COVID-19 Afrika Selatan, Salim Abdool Karim memberitahu negara itu akan menggunakan pendekatan alternatif dalam penggunaan vaksin AstraZeneca yang diterimanya minggu lalu.
Jelasnya, suntikan itu akan digunakan ke atas 100,000 individu yang akan dipantau dengan teliti.
Topic Berkaitan
#WHO
#COVID-19
#AstraZeneca
#vaksin
#varian baharu
#program vaksinasi
#Afrika Selatan
#persoalan keberkesanan vaksin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan