ZAGREB: Croatia mula menggunakan mata wang euro dan menyertai zon perjalanan bebas pasport Schengen pada Ahad sekali gus menandakan peristiwa penting buat negara yang menyertai Kesatuan Eropah sedekad lalu.
Dengan beralih daripada kuna kepada euro bermula 2023, Croatia menjadi ahli ke-20 blok mata wang bersama, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Peserta terakhir blok itu ialah Lithuania iaitu pada 2015.
Croatia terpaksa memenuhi pelbagai peraturan tadbir urus fiskal dan ekonomi untuk menerima pakai mata wang tunggal.
Kadar pertukaran ditetapkan pada EUR1 hingga 7.5345 kuna dan terdapat tempoh peralihan sehingga 14 Jan, tetapi pembayaran masih boleh dibuat dalam kedua-dua mata wang.
Kuna boleh ditukar secara percuma di bank-bank di Croatia sehingga hujung 2023.
Di bawah perjanjian Kesatuan Eropah (EU), semua negara anggota kecuali Denmark dikehendaki menyertai euro sebaik sahaja semua syarat dipenuhi, tetapi beberapa ahli seperti Sweden, Poland dan Hungary belum berbuat demikian.
Kali terakhir Kawasan Schengen menambah ahlinya ialah pada 2011 dengan memasukkan Liechtenstein.
Di bawah zon itu orang ramai secara amnya boleh merentasi sempadan tanpa perlu menunjukkan dokumen.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 01 2023

Croatia mula menggunakan mata wang euro dan menyertai zon perjalanan bebas pasport Schengen pada Ahad sekali gus menandakan peristiwa penting buat negara yang menyertai Kesatuan Eropah sedekad lalu. -Twitter Bernama

BNM terus berhubung dengan pihak berkepentingan kemudi peralihan ekonomi bebas karbon
Ia merangkumi penyertaan dalam platform antarabangsa seperti Rangkaian Untuk Menghijaukan Sistem Kewangan (NGFS) dan membina keupayaan bagi menganalisis kesan risiko iklim untuk bertindak lebih awal.

Pindah 62 ekor kambing tanpa kebenaran, pemandu lori didenda RM10,000
Seorang pemandu lori didenda RM10,000 setelah mengaku bersalah memindahkan 62 ekor kambing disyaki dari Thailand tanpa kebenaran.

45 peniaga kena kompaun serta-merta
Seramai 45 peniaga di dua daerah iaitu Temerloh dan Maran dikenakan tindakan kompaun serta-merta melibatkan hasil kutipan RM7,900.

Pemuda Pas Kelantan gesa semak semula cukai cecair vape
Pihaknya khuatir perkara tersebut akan memberi kesan langsung kepada anak-anak muda terutama melibatkan soal kesihatan dan moral untuk tempoh jangka panjang.

AWANI Ringkas: Pengurusan visa dan frekuensi penerbangan dipermudahkan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Indonesia periksa 'hot spot' pemerdagangan manusia
Modus operandi penyeludup tidak berperikemanusiaan kerana membawa pekerja migran Indonesia secara haram dan dijadikan hamba.

Menteri Luar Ecuador letak jawatan
Menteri Luar Ecuador Juan Carlos Holguin mengumumkan peletakan jawatannya pada Sabtu atas sebab peribadi.

Agong, Raja Permaisuri berangkat pulang selepas lawatan rasmi tiga hari ke Labuan
Pesawat khas membawa pasangan diraja itu berlepas pada 10.06 pagi.

Puting beliung tanpa henti melanda selatan, barat AS
Ribut berkenaan turut memusnahkan rumah dan pusat membeli-belah serta meruntuhkan bumbung sebuah bangunan di Illinois.

Pembaharuan pasaran buruh perlu dipercepat selari jangkaan perkembangan ekonomi tahun ini - BNM
Kelesuan dalam pasaran pekerja dijangka terus berkurangan, disokong oleh momentum pemulihan guna tenaga yang terus kukuh.

Switzerland akan laksana pakej sekatan ke-10 EU ke atas Rusia
Switzerland akan menyertai pakej sekatan ke-10 Kesatuan Eropah (EU) terhadap Rusia berhubung perangnya di Ukraine, lapor Agensi Anadolu.

Ukraine mahu sertai EU dalam tempoh setahun selepas rundingan keanggotaan bermula
Ukraine berhasrat menyertai Kesatuan Eropah (EU) dalam tempoh setahun selepas rundingan keangotaannya bermula, kata Menteri Luar Dmytro Kuleba.

Zelensky intai untuk mula bincang penyertaan Ukraine sebagai anggota EU
Ukraine sedang mengintai untuk memulakan rundingan dengan Kesatuan Eropah (EU) pada tahun ini, berhubung penyertaan negara itu sebagai anggota Kesatuan Eropah (EU), kata Presiden Volodymyr Zelenskyy.

Tiada komitmen dari EU mengenai kebimbangan terhadap peraturan penebangan hutan - MPOC
MPOC akan terus dapatkan penglibatan dalam EUDR, dan bekerjasama dengan rakan kongsi untuk menentang diskriminasi terhadap minyak sawit.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Pelaksanaan EUDR tingkatkan kos pengeluaran produk komoditi negara - Fadillah
Pelaksanaan Peraturan Produk Bebas Penebangan Hutan EU (EUDR) oleh Kesatuan Eropah (EU) akan meningkatkan kos pengeluaran produk komoditi negara serta menjejaskan tahap daya saing produk komoditi.

JPJ P.Pinang keluar 102 saman dalam Op Rempit
JPJ Pulau Pinang mengeluarkan 102 notis saman ke atas penunggang motosikal dalam operasi pencegahan lumba haram di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, semalam.

Pencabulan hak asasi: EU laksana sekatan baharu ke atas junta Myanmar
Kesatuan Eropah (EU) melaksanakan pakej sekatan keenam terhadap junta tentera Myanmar kerana pencabulan hak asasi manusia.

Lawatan Presiden Jerman: Anwar sekali lagi luah kebimbangan sekatan sawit EU
Malaysia sekali lagi meluahkan kebimbangan berhubung sekatan Kesatuan Eropah (EU) terhadap produk sawit dari Malaysia.

EU tolak keputusan Israel sahkan 9 penempatan haram di Tebing Barat
Keputusan pihak berkuasa Israel tidak diterima oleh EU, menurut pejabat ketua dasar luar EU Josep Borrell.