awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cuaca ekstrem terus landa AS

Bernama
Bernama
07/07/2023
03:35 MYT
Cuaca ekstrem terus landa AS
Kebakaran hutan terjadi di Yuma, Arizona, 5 Julai 2023. (Foto AP)
LOS ANGELES: Amerika Syarikat terus mengalami cuaca ekstrem di seluruh negara termasuk kejadian ribut petir, kebakaran dan gelombang haba yang melampau.
Ribut petir dijangka berlaku di High Plains barat pada Khamis disusuli tiupan angin kencang, hujan batu dan puting beliung, menurut Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan (NWS) AS.
Cuaca panas terus meningkat merentasi Barat Laut Pasifik minggu ini dengan suhu menghampiri atau melebihi tiga digit di kawasan jauh dari pesisir pantai, lapor Xinhua.
Pada Khamis, amaran gelombang haba berlebihan dikuat kuasa di beberapa tempat di seluruh negara.
Cuaca panas melampau dijangka berterusan merentasi Louisiana dan sebahagian Mississipi hingga akhir minggu depan, menurut NWS.
Amerika Syarikat menyaksikan peningkatan ketara dalam kemasukan ke hospital akibat penyakit berkaitan haba pada pertengahan dan akhir Jun, terutamanya di wilayah selatan.
Gelombang haba berterusan turut meningkatkan risiko kebakaran hutan. Amaran 'Red Flag' bagi kebakaran hutan telah dikeluarkan di kebanyakan kawasan di Arizona Utara pada Khamis dan Jumaat.
Amaran 'Red Flag' ialah tahap tertinggi kebakaran berkaitan cuaca.
Ribut petir yang melanda Amerika Syarikat saban tahun menghasilkan 20 hingga 25 juta kilat, manakala lebih 20 orang maut dan ratusan lagi cedera, menurut NWS.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kebakaran hutan
#cuaca ekstrem
#Amerika Syarikat
#gelombang haba
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan