awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Bekas pengetua tidak tahu wujud pernyataan bertulis lima orang pelajar
WEF2026: Venezuela akan capai kejayaan yang amat cemerlang - Trump
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cubaan bakar lipas cetus kebakaran maut di Korea Selatan, suspek disiasat

Astro Awani
Astro Awani
21/10/2025
04:05 MYT
Cubaan bakar lipas cetus kebakaran maut di Korea Selatan, suspek disiasat
Seorang wanita Korea Selatan disiasat kerana menyebabkan kebakaran besar ketika cuba membakar lipas menggunakan alat nyalaan buatan sendiri, mengakibatkan kematian seorang jiran warga China. -Gambar hiasan/FreeImages.com
OSAN: Seorang wanita disiasat pihak berkuasa Korea Selatan selepas tindakannya cuba membakar seekor lipas menggunakan alat nyalaan buatan sendiri telah mencetuskan kebakaran besar di sebuah apartmen di bandar Osan, dan mengorbankan seorang jiran.

Ringkasan AI
  • Seorang wanita Korea Selatan disiasat kerana menyebabkan kebakaran besar ketika cuba membakar lipas menggunakan alat nyalaan buatan sendiri, mengakibatkan kematian seorang jiran warga China.
  • Fenomena penggunaan 'flamethrower' buatan sendiri untuk membasmi lipas semakin tular di media sosial walaupun pakar keselamatan telah memberi amaran tentang risiko kebakaran.
  • Polis sedang mempertimbangkan waran tangkap terhadap suspek atas kesalahan menyebabkan kebakaran dan kematian akibat kecuaian.

Menurut laporan media tempatan yang memetik kenyataan polis, kejadian berlaku pada Isnin apabila wanita yang berusia lingkungan 20-an itu menggunakan pemetik api bersama semburan mudah terbakar untuk memusnahkan serangga tersebut.
Kaedah berisiko itu dipercayai pernah digunakan sebelum ini, namun kali ini menyebabkan barangan di dalam rumahnya terbakar sebelum api merebak ke unit lain.
Mangsa yang maut merupakan seorang wanita warga China yang cuba melarikan diri melalui tingkap, namun terjatuh dari tingkat atas bangunan.
Fenomena penggunaan flamethrower buatan sendiri untuk membasmi lipas semakin tular di media sosial, meskipun pakar keselamatan telah memberi amaran tentang risiko kebakaran yang tinggi.
Kejadian serupa pernah dilaporkan di Australia pada 2018 apabila seorang lelaki secara tidak sengaja membakar dapurnya ketika cuba membunuh lipas menggunakan semburan serangga dan api.
Polis Osan menegaskan siasatan lanjut sedang dijalankan dan tindakan undang-undang akan diambil mengikut peruntukan jenayah kebakaran dan kecuaian yang menyebabkan kematian.
Topic Berkaitan
#Korea Selatan
#kebakaran apartmen
#flamethrower buatan sendiri
#kematian jiran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan