awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Azalina bentang Kerangka Akauntabiliti MADANI di CLMM 2026 Fiji
“Melaka Tourism Passport” tawar penjimatan hingga RM268 bagi 63 produk pelancongan
Vietnam mulakan pembinaan stadium terbesar dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cucu durjana tikam leher datuk sendiri hingga mati

Agensi
Agensi
07/11/2017
10:33 MYT
Cucu durjana tikam leher datuk sendiri hingga mati
Mangsa, Robert Whitwell, 81, dilapor sempat membelek gambar zaman kanak-kanak Brittney sebelum ditikam cucunya itu di rumahnya di Craigmore. -Gambar hiasan
Seorang wanita dari Queensland di Adelaide, Australia dihukum penjara 21 tahun tanpa parol kerana membunuh datuknya sendiri tahun lepas.
Brittney Jade Dwyer, 20 tahun, telah menikam mangsa di leher sebanyak empat kali dan membiarkan warga emas tersebut mati akibat pendarahan teruk pada Ogos tahun lalu, lapor ABC Australia.
Brittney ketika itu dibantu rakannya Bernadette Burns, 22, yang dijatuhi hukuman penjara 13 tahun tanpa parol atas tuduhan bersubahat melakukan pembunuhan.
Mangsa, Robert Whitwell, 81, dilapor sempat membelek gambar zaman kanak-kanak Brittney sebelum ditikam cucunya itu di rumahnya di Craigmore.
Brittney dalam pendakwaan di hadapan Hakim Kevin Nicholson di Mahkamah Agung Australia Selatan mengaku bersalah dan berkata dia bertindak begitu kerana mahu mencuri wang simpanan datuknya sebanyak A$100,000 selain terpengaruh dengan drama bersiri tentang pembunuhan.
Hakim ketika menjatuhkan hukuman berkata masalah personaliti serta ketagihan dadah menjadi penyumbang kepada insiden dan menyifatkan kes berkenaan sebagai kejam dan terancang.
Topic Berkaitan
#Aidelaide
#Australia
#Brittney Jade Dwyer
#Mahkamah Agung Australia Selatan
#menikam
#Robert Whitwell
#wanita
#warga emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan