awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dakwa COVID-19 dari makmal Wuhan, akaun Twitter ahli virologi China digantung

Astro Awani
Astro Awani
16/09/2020
23:49 MYT
Dakwa COVID-19 dari makmal Wuhan, akaun Twitter ahli virologi China digantung
Dr Yan mendakwa mempunyai bukti bahawa virus itu dihasilkan manusia di sebuah makmal di Wuhan, China. -Gambar fail
PLATFORM media sosial Twitter menggantung akaun ahli virologi China Dr Li-Meng Yan awal minggu ini susulan dakwaan COVID-19 terhasil di sebuah makmal di Wuhan, China.
Memiliki lebih daripada 60,000 pengikut, nama Dr Yan secara tiba-tiba menjadi perhatian termasuk menjadi tajuk utama berita selepas mengeluarkan dakwaan sedemikian.
Dia yang mendakwa bertugas sebagai penyelidik di Fakulti Kesihatan Awam, Universiti Hong Kong, mengaku mempunyai bukti bahawa kerajaan China terlibat dalam mencipta virus itu yang setakat ini telah membunuh hampir 1 juta manusia di seluruh dunia.
Dr Yan difahamkan telah melarikan diri ke Amerika Syarikat dan kini bersembunyi di Los Angeles.
Terdahulu, Twitter memperkenalkan sistem yang mana platform media sosial berkenaan membuat tapisan mana-mana maklumat berkaitan COVID-19 yang berpotensi menimbulkan kontroversi.
Langkah itu bertujuan mengurangkan risiko panik dalam kalangan pengguna yang mungkin akan keliru dengan kandungan ciapan yang dimuat naik.
Sebelum ini, Dr Yan muncul di sebuah program berita bagi merungkai penemuannya berkenaan dengan dakwaan berkenaan.
"Saya ada bukti apa yang mereka mampu lakukan dan apa yang telah dilakukan. Mereka tidak mahu perkara ini diketahui umum.
"Disebabkan itu akaun saya digantung, saya ditindas. Saya kini menjadi sasaran Parti Komunis China," katanya kepada Newsletter.
Dalam pada itu, Universiti Hong Kong menjelaskan penemuan Dr Yan itu tidak memilik asas-asas saintifik dan hanya khabar angin.
Topic Berkaitan
#China
#COVID-19
#COVID19
#Dr Li-Meng Yan
#koronavirus
#Los Angeles
#makmal Wuhan
#Parti Komunis China
#Twitter
#Universiti Hong Kong
#Wuhan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan