awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Elon Musk cipta rekod baharu dengan nilai kekayaan AS$852.5 bilion
Sembilan ekar Hutan Simpan Kuala Langat masih terbakar - JBPM Selangor
Nilai transaksi SARA cecah RM4.8 bilion sepanjang 2025 - Amir Hamzah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AS dakwa pembunuhan Khashoggi dirancang Putera Mahkota Arab Saudi

Astro Awani
Astro Awani
26/02/2021
22:04 MYT
AS dakwa pembunuhan Khashoggi dirancang Putera Mahkota Arab Saudi
Laporan risikan AS mendakwa pembunuhan Jamal Khashoggi pada 2018 telah diarah Putera Mohammed Salman. -Gambar fail
WASHINGTON DC : Laporan risikan yang diterbitkan Amerika Syarikat (AS) mendedahkan pembunuhan kolumnis Washington Post, Jamal Khashoggi pada 2018, diarah oleh Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed Salman.
Berdasarkan laporan berkenaan, Putera Mohammed Salman didakwa meluluskan rancangan untuk menangkap atau membunuh Khashoggi yang hidup dalam buangan di AS.
Laporan berkenaan menyenaraikan tiga sebab mengapa AS percaya pembunuhan itu mendapat lampu hijau Putera Mahkota.
Pertama, Putera berkenaan mengawal hal membuat keputusan di Arab Saudi sejak 2017.
Kedua, penglibatan langsung penasihat serta anggota pelindungnya.
Ketiga, sokongan diberikan Putera Salman untuk menutup mulut mereka yang tidak sependapat.
Ini adalah kali pertama AS mengaitkan Putera Mahkota itu dengan pembunuhan Khashoggi secara langsung.
Khashoggi dibunuh ketika berada di dalam bangunan Konsulat Arab Saudi di Turki.
Mayatnya yang dipercayai dikerat dan dibuang tidak ditemukan sehingga kini.
Mahkamah di Arab Saudi sebelum ini menjatuhi hukuman penjara seumur hidup ke atas lima individu yang didakwa bertanggungjawab di atas pembunuhan Khashoggi.
Putera Mohammed Salman bagaimanapun menafikan terlibat dalam mengarahkan pembunuhan itu.
Khashoggi merupakan pengkritik lantang pentadbiran Arab Saudi.
Topic Berkaitan
#Jamal Khashoggi
#Arab Saudi
#Putera Mohammed Salman
#pembunuhan kolumnis Washington Post
#Konsulat Arab Saudi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan