awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes 1MDB: Sabitan Najib dedah kegagalan reformasi struktur negara - C4
Polis buru lelaki disyaki larikan diri dari PUSPEN Bukit Chabang
Pahang sedia kaji cadangan pembinaan laluan kereta api di Cameron Highlands
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dakwa vaksin AS, Britain 'tidak boleh dipercayai', tweet Ayatollah Ali Khamenei dipadam

Astro Awani
Astro Awani
09/01/2021
22:34 MYT
Dakwa vaksin AS, Britain 'tidak boleh dipercayai', tweet Ayatollah Ali Khamenei dipadam
AYATOLLAH ALI KHAMENEI: Melihat pada pengalaman kami dengan bekalan darah yang dicemari HIV di Perancis, vaksin Perancis juga tidak boleh dipercayai. -Gambar fail/Reuters
TEHRAN:Syarikat pengendali laman sosial Twitter Inc memadamkan tweet terbaharu oleh pemimpin tertinggi Iran Ayatollah Ali Khamenei yang mendakwa vaksin koronavirus dihasilkan di Amerika Syarikat dan Britain "tidak boleh dipercayai".
Ia susulan hantaran tersebut dikatakan melanggar peraturan media sosial itu.
"Mengimport vaksin yang dibuat di AS atau UK adalah dilarang.
"Mereka sama sekali tidak boleh dipercayai. Tidak mungkin mereka tidak mahu mencemarkan negara lain.
"Melihat pada pengalaman kami dengan bekalan darah yang dicemari HIV di Perancis, vaksin Perancis juga tidak boleh dipercayai," kata pemimpin Iran itu dalam tweetnya di akaun Twitter berbahasa Inggeris Khamenei pada Jumaat .
Tweet itu turut diletakkan hashtag #CoronaVaccine.
Twitter kemudian memadamkan tweet tersebut dan menggantinya dengan mesej bahawa ia "tidak lagi wujud kerana melanggar Peraturan Twitter".
Jurucakap Twitter memaklumkan pada Sabtu bahawa tweet itu "melanggar ... khususnya polisi kami tentang maklumat COVID-19 yang mengelirukan."
Terdahulu, Twitter Inc telah menutup akaun Presiden Amerika Syarikat Donald Trump bagi mengelak tercetusnya keganasan berterusan.
Ia turut memadamkan tweet terbaharu Trump di akaun rasmi Presiden Amerika Syarikat @POTUS selepas akaun peribadi pemimpin itu ditutup.
Topic Berkaitan
#Twitter
#Ayatollah Ali Khamenei
#padam tweet
#tidak boleh dipercayai
#langgar peraturan
#CoronaVaccine
#vaksin COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan