awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Twitter menutup akaun Donald Trump

Reuters
Reuters
08/01/2021
23:45 MYT
Twitter menutup akaun Donald Trump
Twitter Inc memaklumkan telah menutup akaun Presiden Amerika Syarikat Donald Trump bagi mengelak tercetusnya keganasan berterusan. - Foto fail
WASHINGTON:Twitter Inc memaklumkan pada Jumaat telah menutup akaun Presiden Amerika Syarikat Donald Trump bagi mengelak tercetusnya keganasan berterusan.
"Selepas meneliti dengan lebih dekat beberapa Tweet baru-baru dari akaun @realDonaldTrump dan maksud disebalik muat naik tersebut, kami menutup terus akaun tersebut bagi mengelak tercetusnya keganasan berterusan," kata syarikat berkenaan dalam muat naik terbaharu di akaun Twitter.
After close review of recent Tweets from the @realDonaldTrump account and the context around them we have permanently suspended the account due to the risk of further incitement of violence.https://t.co/CBpE1I6j8Y
— Twitter Safety (@TwitterSafety) January 8, 2021
Gergasi media sosial telah mengambil tindakan ke atas akaun Donald Trump susulan keganasan yang memuncak pada Rabu.
Facebook Inc dalam satu kenyataan baru-baru ini berkata ia telah menggantung akaun Presiden Amerika Syarikat itu sehingga berakhir tempoh kepimimpinan beliau sebagai presiden.
Trump dijangka akan melepaskan jawatannya kepada Joe Biden pada 20 Januari.
Sehingga kini, tiada kenyataan dikeluarkan White House berhubung perkara tersebut.
Pada Jumaat, Twitter turut memaklumkan dua muat naik Trump yang dikeluarkan pada hari tersebut melanggar polisi syarikat itu.
Sebelum ini Twitter telah menggantung sementara akaun Trump yang mempunyai lebih 88 juta pengikut susulan keganasan di Capitol Hill dan memberi amaran ia akan ditutup sepenuhnya jika terdapat muat naik lain yang melanggar polisi syarikat berkenaan.
Topic Berkaitan
#Twitter
#Donald Trump
#akaun
#tutup
#keganasan
#White House
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan