awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dr Akmal masih jalankan tugas Exco Melaka seperti biasa - KM
Penembak bekas PM Jepun Shinzo Abe fail rayuan terhadap hukuman penjara seumur hidup
Sultan Selangor terima menghadap Dr Malik, pertemuan sarat emosi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dakwaan COVID-19 dikesan lebih awal di Itali, saintis tuntut kajian lanjut dijalankan

Agensi
Agensi
18/11/2020
22:01 MYT
Dakwaan COVID-19 dikesan lebih awal di Itali, saintis tuntut kajian lanjut dijalankan
Pada Selasa, kajian oleh Institut Kanser Itali (INT) mendapati antibodi terhadap SARS-CoV-2 telah dikesan pada sampel darah beberapa individu sihat yang menjalani ujian kanser paru-paru di Itali pada Oktober 2019. -Gambar hiasan
ROM:KAJIAN yang mendakwa virus COVID-19 ditemui di Itali beberapa bulan sebelum ia ditemui di China telah menimbulkan spekulasi dalam kalangan saintis Barat, yang menuntut kajian selanjutnya dijalankan.
“Kajian selanjutnya diperlukan untuk membuktikan antibodi yang dikesan pada sampel darah adalah antibodi terhadap virus COVID-19 dan bukan antibodi terhadap virus lain,” kata saintis di Universiti Bath, United Kingdom (UK) kepada Reuters.
Pada Selasa, kajian oleh Institut Kanser Itali (INT) mendapati antibodi terhadap SARS-CoV-2 telah dikesan pada sampel darah beberapa individu sihat yang menjalani ujian kanser paru-paru di Itali pada Oktober 2019.
BACA: Virus COVID-19 dikesan di Itali sebelum dikesan di China - Kajian
Pengarah saintifik INT dan penulis bersama kajian berkenaan bercadang untuk menyiasat sejarah kesihatan peserta-peserta bagi mengkaji hasil kajian yang jika dibuktikan benar, akan mengubah kefahaman dunia tentang pandemik.
"Kami perlu memahami jika peserta ujian klinikal itu mengalami gejala COVID-19. Di mana mereka pergi, jika mereka mempunyai kontak dengan China," kata penulis bersama kajian INT, Giovanni Apolone.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebelum ini mengesahkan virus COVID-19 mula dikesan di Wuhan, China, Disember 2019.
Kini, COVID-19 telah menjangkiti lebih 55 juta di seluruh dunia dan menyebabkan lebih 1.3 juta kematian sejak ia mula dikesan di China.
Topic Berkaitan
#WHO
#Pertubuhan Kesihatan Sedunia
#China
#Itali
#COVID-19
#kesihatan
#United Kingdom
#pandemik
#Universiti Bath
#Giovanni Apolone
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan