awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pesalah buang sampah jalani Perintah Khidmat Masyarakat serentak 13 Feb ini - Nga
252 kesalahan kebersihan premis makanan direkodkan di Pulau Pinang tahun lepas
Tikaman di bahagian dada punca kematian eksekutif operasi bank - Polis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyokong Selangor FC disyaki terlibat insiden bakar suar disambung reman

Bernama
Bernama
04/02/2026
10:00 MYT
Penyokong Selangor FC disyaki terlibat insiden bakar suar disambung reman
Pada Isnin lepas kesemua mereka direman tiga hari hingga hari ini. - Foto Bernama
KUALA TERENGGANU: Sembilan penyokong Selangor FC yang dipercayai terlibat dalam kejadian membakar suar di Jambatan Angkat di sini pada Ahad lepas, disambung reman sehari lagi.
Perintah reman hingga esok terhadap semua lelaki itu dikeluarkan Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Sharifuddin. Pada Isnin lepas mereka direman tiga hari hingga hari ini.
Mereka direman bagi membantu siasatan kes yang dijalankan di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam.
Ketua Polis Terengganu Datuk Mohd Khairi Khairuddin pada Isnin berkata sebanyak 33 penyokong Selangor FC direman atas kesalahan memiliki dan positif dadah, selain mengganggu tugas penjawat awam berhubung kekecohan yang berlaku di Jambatan Angkat.
Kejadian kira-kira 6.30 petang Ahad itu berlaku beberapa jam sebelum perlawanan Liga Super membabitkan Terengganu FC menentang Selangor FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Kuala Nerus.
Semalam Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa amat dukacita dan kecewa terhadap insiden tersebut.
Sebagai Penaung Selangor FC, baginda turut tidak berkenan dengan budaya samseng dan gangsterisme dalam kalangan penyokong bola sepak tempatan, khususnya penyokong Selangor FC.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Istana Alam Shah, Sultan Selangor menitahkan pihak polis mencari dalang di sebalik insiden terbabit dan sekiranya didapati bersalah, mereka harus dihukum dengan hukuman yang maksimum dan setimpal mengikut undang-undang.
-- BERNAMA


Topic Berkaitan
#penyokong Selangor FC
#disambung reman
#jambatan angkat
#Kuala Terengganu
#nyalakan suar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan