awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dalang culik Sabah, adik beradik Muktadil mati ditembak tentera Filipina

Astro Awani
Astro Awani
27/09/2016
12:36 MYT
Dalang culik Sabah, adik beradik Muktadil mati ditembak tentera Filipina
Jurucakap pusat kawalan Tentera Barat Mindanao, Mejar Filemon Tan Jr berkata mereka berjaya dibunuh dalam operasi khas tentera Filipina di bandar Pata, pada Selasa. -Gambar ESSCom
Tentera Filipina berjaya membunuh dua adik-beradik Muktadil iaitu Nikson dan Brown yang merupakan suspek utama dalam siri penculikan bagi tebusan atau 'Kidnapping For Ransom' di pantai timur Sabah.
Jurucakap pusat kawalan Tentera Barat Mindanao, Mejar Filemon Tan Jr berkata mereka berjaya dibunuh dalam operasi khas tentera Filipina di bandar Pata, pada Selasa.
Beliau yang dipetik portal berita Inquirer.net berkata adik-beradik Muktadil itu mati ditembak selepas bertembung dengan sekumpulan tentera yang sedang melakukan operasi ke atas Kumpulan Abu Sayyaf di Kepulauan Tambulian.
Menurutnya, Nikson dan Brown dipercayai terbabit dalam melakukan penculikan bagi tebusan ke atas 26 rakyat Malaysia dan Indonesia di perairan Malaysia, Indonesia serta Filipina sejak beberapa tahun lalu.
Beliau percaya, kematian dua beradik Muktadil itu dijangka memberi tamparan kepada kumpulan Abu Sayyaf serta pemimpin kanannya, Alhabsy Misaya.
Ini kerana mereka pakar serta perancang utama kumpulan itu dalam melakukan penculikan di laut.
Topic Berkaitan
#adik-beradik Muktadil
#brown muktadil
#bunuh
#kidnapping for ransom
#nixon muktadil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan