awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
Mogok seluruh negara lumpuhkan pengangkutan awam di Jerman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AS dan sekutu desak siasatan senjata kimia Syria

Sinar Harian
Sinar Harian
15/04/2018
01:35 MYT
AS dan sekutu desak siasatan senjata kimia Syria
Donald Trump berkata, operasi ketenteraan tersebut dilakukan susulan serangan menggunakan gas klorin rejim Assad yang meragut sekurang-kurangnya 60 nyawa minggu lalu. - Gambar fail
Pihak Amerika Syarikat (AS), Britain dan Perancis semalam dilaporkan sekali lagi melobi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi menyiasat dakwaan serangan senjata kimia di Syria.
Ketiga-tiga negara bersekutu terbabit mengemukakan draf bersama yang mencadangkan siasatan bebas dijalankan bagi menyiasat dakwaan serangan kimia serta mengenal pasti pelakunya.
Melalui siasatan itu, Pertubuhan Larangan Senjata Kimia (OPCW) akan mengemukakan laporan dalam masa 30 hari sama ada Syria telah mendedahkan sepenuhnya stok senjata senjata kimianya.
Draf tersebut juga mencadangkan agar bantuan kemanusiaan dibenarkan masuk ke Syria tanpa sekatan.
Ia turut mendesak gencatan senjata di Syria serta mahukan negara itu menyertai rundingan damai yang diketuai PBB.
Terdahulu, usaha Rusia mengutuk serangan AS dan sekutunya melalui draf yang dikemukakan di PBB menemui kegagalan.
Hanya China dan Bolivia menyokong sementara lapan negara menentang dan empat lagi mengambil keputusan berkecuali.
Tindak balas tentera AS dan sekutunya semalam menyaksikan lebih 100 peluru berpandu disasarkan terhadap kemudahan senjata kimia rejim Bashar al-Assad di Syria.
Menurut Presiden Donald Trump, operasi ketenteraan tersebut dilakukan susulan serangan menggunakan gas klorin rejim Assad yang meragut sekurang-kurangnya 60 nyawa minggu lalu.
Ia juga sebagai mewujudkan kekangan kukuh terhadap pengeluaran, pengedaran dan penggunaan senjata kimia.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Britain
#Donald Trump
#draf
#laporan
#operasi ketenteraan
#PBB
#Perancis
#senjata kimia
#serangan
#siasatan
#Syria
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan