Aksi lucu seorang kanak-kanak merayu, menangis, meminta maaf ketika ditahan oleh anggota polis trafik semasa menunggang motosikal menjadi tular di media sosial.
Video itu berdurasi 1.06 minit dimuatnaik di Facebook Eris Riswandi itu mungkin dianggap biasa oleh masyarakat tetapi gelagat si kanak-kanak merayu dan meminta anggota itu tidak menahannya dan tidak membawa motosikal ke balai polis membuatkan netizen geli hati.
Menerusi video itu, dua kanak-kanak berpakaian uniform sekolah dipercayai baru pulang dari sekolah dan ditahan oleh anggota polis trafik.
Keadaan mereka masih kecil sangat berbahaya untuk menunggang motosikal mendorong mereka ditahan malah ia menjadi satu kesalahan menunggang tanpa lesen dan tidak memakai topi keledar.
Kanak-kanak itu panik dan rasa bersalah tidak mahu turun dari motosikal setelah dipinta oleh anggota polis.
Meskipun mereka melakukan kesalahan tetapi sikap anggota yang bertutur secara sopan turut menjadi bualan netizen menyifatkan mereka berhati mulia.
Setelah kisah ini tular di media sosial, Balai Polis Lombok Timur telah tampil menghadiahkan kanak-kanak itu sebuah basikal bagi menggantikan motosikal kerana lebih selamat dan mengikut undang-undang.
Tindakan anggota itu juga mendapat pujian dari netizen.
Sulaeman Ibn Rohman berkata, hukuman diberikan oleh anggota itu mendapat pujian kerana menyelesaikan masalah dengan menghadiahkan basikal untuk memudahkan kanak-kanak itu pergi dan pulang ke sekolah.
Manakala Iqbal Januar Agha memberitahu, tindakan polis itu dikatakan sindiran kepada para ibu bapa agar menyediakan basikal untuk anak-anak bukan motosikal kerana boleh mengundang bahaya tambahan mereka tidak mempunyai lesen memandu.
Sinar Harian
Wed Nov 14 2018
Menerusi video itu, dua kanak-kanak berpakaian uniform sekolah dipercayai baru pulang dari sekolah dan ditahan oleh anggota polis. - Gambar FB Eris Riswandi
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damsyik dibuka semula pada Ahad, seminggu selepas kejatuhan Presiden Syria, Bashar al-Assad.
Penyatuan, keamanan misi mencabar untuk Syria
Ketegasan pemimpin Syria yang tidak mahu adanya campur tangan kuasa besar, dianggap tindakan bijak bagi mengelakkan Syria kembali berpecah.
Jangan benarkan budaya lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan
Pendirian UMNO tetap tegas bahawa UMNO tidak akan sesekali menerima dan membenarkan perlakuan lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan. #AWANInews
Perdana Menteri Thailand tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra tiba di Malaysia pada Ahad bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari, atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
TikTok Live Fest: Tiga pencipta kandungan Malaysia bakal bersaing
Ketiga-tiga wakil Malaysia itu memiliki kisah unik tersendiri sebelum dipilih sebagai pencipta kandungan serantau di tangga teratas di TikTok LIVE.
[TERKINI] Sertai PKR: Saya belum buat sebarang keputusan - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata, beliau berpegang kepada prinsip membuat keputusan dengan tertib dan memaklumkan secara rasmi kepada pucuk pimpinan parti sebelum membuat sebarang pengumuman.
Dapat basikal selepas menangis ditahan polis trafik
Aksi lucu seorang kanak-kanak merayu, menangis, meminta maaf ketika ditahan oleh anggota polis trafik semasa menunggang motosikal menjadi tular di media sosial.