Skip to main content

Bisnes

Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar AS, mata wang utama

71746260300_wangringgitgaji.jpg
Pada 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.0650/0690 berbanding dolar AS daripada 4.0670/0715 ketika ditutup semalam. - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar AS dan mata wang utama lain pada Khamis walaupun data inflasi Amerika Syarikat (AS) bagi Mei lebih tinggi daripada jangkaan.

Pada 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.0650/0690 berbanding dolar AS daripada 4.0670/0715 ketika ditutup semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit kekal stabil pada paras RM4.06 walaupun indeks harga pengguna (IHP) AS mencecah paras tertinggi dalam tempoh tiga tahun pada Mei iaitu sebanyak 4.2 peratus.

“Ini berlaku menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) AS pada 16 dan 17 Jun ini.

“Rizab Persekutuan (Fed) AS dijangka mengekalkan pendirian dasar monetari yang ketat pada mesyuarat minggu depan, yang berpotensi menyokong pengukuhan dolar AS dalam masa terdekat,” katanya kepada Bernama.

Pada masa sama, Mohd Afzanizam berkata ketidaktentuan mengenai perang di Iran akan menyebabkan harga minyak mentah terus meningkat sekali gus mengekalkan kadar inflasi tinggi.

Ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama dunia.

Mata wang tempatan meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.5321/5347 daripada 2.5347/5377 ketika ditutup pada Rabu, mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.4325/4378 daripada 5.4486/4546 dan naik berbanding euro kepada 4.6878/6924 daripada 4.7006/7058.

Ringgit turut mengukuh berbanding mata wang serantau.

Unit tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.1556/1589 daripada 3.1591/1628 pada Rabu dan naik berbanding baht Thailand kepada 12.3331/3501 berbanding 12.3688/3871 sebelumnya.

Ringgit mengukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 225.9/226.2 daripada 226.6/227 dan kekal tidak berubah berbanding peso Filipina pada 6.62/6.63.

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement