SALT LAKE CITY:Isu COVID-19 terus 'mewarnai' debat pertama Naib Presiden Amerika Syarikat (AS) apabila calon daripada parti Demokrat, Senator Kamala Harris mendakwa Presiden AS Donlad Trump menyembunyikan fakta bahawa virus tersebut jenis bawaan udara.
Malah, katanya, meskipun Trump dan naib presiden Mike Pence tahu mengenai perkara itu sejak 28 Januari lalu, mereka tidak mendedahkannya kepada rakyat sehingga mengakibatkan lebih 210,000 warganya terkorban.
"Rakyat AS menyaksikan kegagalan pentadbiran Presiden AS dalam menangani COVID-19 dengan kematian melebihi 210,000 orang di negara itu yang berlaku sejak beberapa bulan lalu.
"Presiden dan Naib Presiden tahu bahawa pandemik ini boleh tersebar melalui udara dan boleh memberi kesan kepada golongan muda.
"Mereka tahu sejak 28 Januari lagi. Namun apa yang berlaku adalah mereka tidak memaklumkan kepada kamu.
"Bayangkan sekiranya kamu tahu pada 28 Januari lagi? Mereka cuba menyembunyikan dan setakat ini mereka tidak ada sebarang perancangan," katanya pada debat yang berlangsung di University of Utah, di sini, pada Khamis.
Malah Kamala turut mendakwa tindakan Trump tanpa perancangan yang bijak menyebabkan lebih 30 juta rakyat negara itu kehilangan kerja.
Bercakap mengenai strategik nasional dalam membendung wabak itu, katanya, beliau dan regunya, Joe Biden antara lain akan mengambil pendekatan pengesanan kontak secara drastik selain memastikan vaksin diberikan secara percuma kepada semua, sekiranya berjaya dihasilkan.
Ketika menjawab dakwaan Kamala, Pence bagaimanapun menafikan pentadbiran Trump menyembunyikan maklumat mengenai COVID-19.
Sebaliknya, menurut Pence, sekiranya benar dakwaan itu, jutaan rakyat telah terkorban pada ketika ini berbanding lebih 210,000 orang sekarang.
Umavathi Ramayah
Thu Oct 08 2020

Kamala Harris mendakwa Trump menyembunyikan fakta bahawa virus COVID-19 adalah bawaan udara. -Gambar fail/REUTERS
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [18 Januari 2021] AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [18 Januari 2021]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/6927595441610929097903/1886027_27846248341610929256993_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [18 Januari 2021]
AWANI Pagi membawakan kemaskini terkini mengenai berita dalam dan luar negara yang dilaporkan di www.astroawani.com bersama Geegee Ahmad dan Nursyazwani Saiful Sham.

Kawalan keselamatan diperhebat menjelang angkat sumpah Joe Biden Rabu ini
Di beberapa negeri, tunjuk perasaan dan demonstrasi meletus menjelang pelantikan Biden sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-46.

COVID-19: Brazil lulus penggunaan kecemasan dua vaksin
Brazil kini memiliki 6 juta dos vaksin Sinovac dan sedia diedarkan dalam masa beberapa hari.

Terbuka Australia | 72 pemain tenis jalani kuarantin
72 pemain yang akan menyertai Kejohanan Tenis Terbuka Australia diarahkan untuk jalani kuarantin. Ini selepas ada kes positif COVID-19 dikesan dalam pesawat sewa khas ketiga yang tiba di Melbourne.

Unjuran Pasaran | Bursa dijangka didagang berhati-hati
Dagangan di Bursa Malaysia dijangka berhati-hati menjelang pengumuman Bank Negara mengenai kadar dasar semalaman pada Rabu. Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Adam Mohamed Rahim berkata kemungkinan satu lagi pengurangan kadar oleh bank pusat tidak dapat dielakkan.

Unjuran Pasaran | Niaga hadapan MSM dijangka merosot
Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah di Bursa Malaysia Derivatives dijangka merosot minggu ini, didorong aktiviti pengambilan untung berikutan harga lebih tinggi. Interband Group of Companies berkata harga dijangka berada antara RM3,350 dan RM3,450 satu tan pada minggu ini.

Unjuran Pasaran | Ringgit dijangka uji paras psikologi 4.0
Ringgit mungkin menguji paras psikologi 4.00 berbanding dolar Amerika pada minggu ini. Ini di tengah-tengah jangkaan bahawa Bank Negara akan kekalkan kadar dasar semalaman pada 1.75 peratus minggu ini.

COVID-19 | Angka korban global melebihi 2.02 juta
Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 seluruh dunia kini melebihi 2.02 juta kes. Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 397 ribu kes.

COVID-19 | Kes positif dunia melebihi 94.82 juta
Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia kini melebihi 94.82 juta kes. Ia berikutan pertambahan ratusan ribu kes baharu yang dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

Politik | UMNO perlu curi peluang pulihkan imej
Pemimpin UMNO perlu bijak mencuri peluang memulihkan imej bagi mendapatkan semula kepercayaan akar umbi. Ketua Pemuda UMNO Bahagian Hang Tuah Jaya, Rohazam Bakar berkata, asakan dan desakan oleh segelintir pihak di tengah-tengah krisis pandemik hanya akan melemahkan parti dan menonjolkan kepada rakyat bahawa UMNO semakin tidak relevan.

Hari pertama di White House, Biden bakal tarik balik larangan negara Islam
Biden merancang untuk menarik balik beberapa dasar yang diperkenalkan bawah pentadbiran Trump.

Trump enggan hadiri upacara rasmi peralihan kuasa
Trump enggan menghadiri upacara rasmi peralihan kuasa yang akan diadakan pada Rabu depan.

Tom Hanks jadi hos program khas meraikan hari angkat sumpah Joe Biden
Program berdurasi 90 minit Celebrating America itu juga bakal menghadirkan selebriti seperti Jon Bon Jovi, Demi Lovato, Justin Timberlake dan Ant Clemons.

Kamala Harris terima dos pertama vaksin COVID-19
Selain Biden dan Harris, Naib Presiden Mike Pence dan isteri Karen Pence juga sudah disuntik.

Joe Biden yakin pasukannya mampu bina semula ekonomi
Ekonomi Amerika bergantung kepada perbelanjaan pengguna dan tanpanya, perniagaan kecil dan sederhana tidak akan berkembang dan akan membuang pekerja.

EU harap hubungan lebih erat bersama AS
Kesatuan Eropah (EU) berharap dapat memperkukuh hubungan dengan Amerika Syarikat (AS) di bawah kepimpinan Presiden baharu, Joe Biden.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Rabu, 11 November 2020.

Video ucapan Kamala Harris berikrar teguh sokong Israel tersebar semula
Kekecewaan itu datang dari dunia Islam umumnya, yang sangat berharap Harris boleh selari dengan perjuangan yang lebih baik dalam paksi politiknya.

AS Memilih: Joe Biden mahu tumpu perkukuh perpaduan rakyat
Calon Demokrat, Joe Biden yang dilaporkan menang pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) ke-46 menyifatkan kemenangan itu sebagai usaha menyatukan rakyat negara itu.

Kamala Harris wanita pertama jadi Naib Presiden AS
Kamala Harris menjadi wanita kulit hitam pertama yang terpilih sebagai Naib Presiden Amerika Syarikat.