Pembentukan kerajaan minoriti pimpinan Theresa May dengan nilai perjanjian sejumlah 1 bilion pound menjadi bualan hangat netizen di seluruh dunia terutamanya penduduk Britain.
Kerjasama Parti Konservatif pimpinan May dengan Parti Kesatuan Demokratik Ireland Utara (DUP) dilihat bukan sebagai pakatan politik tetapi sebagai perjanjian 'bekalan sokongan' buat Parti Konservatif.
Kebanyakan netizen mengkritik serta menyindir tindakan May 'memberi dedak' 100 juta pound sterling bagi mendapatkan sokongan daripada 10 ahli Parlimen dari parti DUP.
Dalam pada itu, Michael Heseltine, bekas timbalan perdana menteri Konservatif, dalam kenyataan yang dipetik oleh The Guardian, mempersoal apa yang perlu dibuat Konservatif Scotland dalam menghadapi kerjasama ini.
"Apa yang akan dikatakan oleh Ruth Davidson dan Konservatif Scotland kepada pengundi Scotland yang tidak senang dengan Ireland Utara, untuk mendapatkan wang tambahan yang tidak akan pergi ke Scotland?
"Tories Welsh juga akan mengalami masalah yang sama," katanya.
Editor Politik Sky News, Faisal Islam pula menganggap 'dedak' untuk Ireland Utara tidak akan berlaku secara automatik untuk Scotland dan Wales.
Jelasnya, kos perbelanjaan bagi setiap rakyat di Ireland Utara paling mahal di United Kingdom.
Hilal Azmi
Mon Jun 26 2017
Kebanyakan netizen mengkritik serta menyindir tindakan May (kiri) 'memberi dedak' 100 juta pound sterling bagi mendapatkan sokongan daripada 10 ahli Parlimen dari parti DUP, diketuai Arlene Foster (dua, kanan). REUTERS
Pesawah dituduh buat kenyataan menghasut di WhatsApp
Seorang pesawah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap tuduhan membuat kenyataan menghasut di menerusi aplikasi WhatsApp pada Selasa.
9 tentera terbunuh nahas helikopter di Colombia
Helikopter itu terputus hubungan dengan pangkalan pada tengah hari dan kemudian didapati terhempas berhampiran daerah Santa Rosa.
Venue Piala Thomas, Uber di Chengdu dilanda 'demam' panda
Yang paling mencuri perhatian ialah magnet peti sejuk yang menampilkan Yu Rong Rong bermain badminton.
Houthi Yaman serang dua kapal pemusnah AS
Houthi berjaya menyasarkan serangan terhadap dua kapal pemusnah AS dan kapal CYCLADES di Laut Merah serta MSC Orion di Lautan Hindi pada awal Selasa.
Ringgit rendah berbanding dolar AS pada awal dagangan
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7665/7710 berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) daripada 4.7650/7700 semalam.
Bakal jemaah haji OKU syukur dipilih jadi tetamu Allah
Abdul Samad MM Abdul Aziz, 53, yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) Penglihatan bersyukur dan teruja apabila dipilih seorang daripada 31,600 jemaah haji dari Malaysia tahun ini.
Pendakwa raya ICC temu bual kakitangan hospital di Gaza
Pendakwa raya dari Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) telah menemu bual kakitangan dari dua hospital terbesar di Gaza.
Israel bimbang ICC keluar waran tangkap berkait perang Gaza
Israel menyuarakan kebimbangan bahawa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) bersiap sedia untuk mengeluarkan waran tangkap bagi pegawainya atas tuduhan berkaitan dengan pengendalian perang terhadap Hamas.
Liputan Haji: Bakal fokus kepada cabaran dan kebajikan jemaah wanita
Bagi petugas media mewakili Astro AWANI, untuk tahun ini, musim 1445 hijrah, yang terpilih ialah Editor dan Penerbit Astro AWANI, Dr Azlinariah Abdullah dan Azlinda Salim bersama 12 yang lain daripada agensi media.
Che'gubard mengaku tidak bersalah pertuduhan Akta Hasutan 1948
Dia didakwa membuat penerbitan menghasut di akaun Facebook atas nama Che'GuBard di Mutiara Villa, Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada jam 6.30 petang 26 April lalu.
'Dedak' 1 bilion pound Theresa May: Apa kata netizen?
Kerjasama Parti Konservatif pimpinan May dengan Parti Kesatuan Demokratik Ireland Utara (DUP) dilihat bukan sebagai pakatan politik tetapi sebagai perjanjian 'bekalan sokongan' buat Parti Konservatif.