awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Deklarasi Kampala sidang kemuncak NAM kecam pencerobohan Israel, gesa gencatan senjata di Gaza

Bernama
Bernama
21/01/2024
09:20 MYT
Deklarasi Kampala sidang kemuncak NAM kecam pencerobohan Israel, gesa gencatan senjata di Gaza
Deklarasi itu mengutuk sekeras-kerasnya serangan sewenang-wenangnya terhadap orang awam Palestin dan tindakan rejim Israel mengusir penduduk selain menggesa gencatan senjata kemanusiaan segera yang berkekalan. -Facebook
KAMPALA: Sidang kemuncak ke-19 negara anggota Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) mengeluarkan Deklarasi Kampala yang mengecam pencerobohan tentera Israel dan menggesa pelaksanaan resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk membenarkan bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza.
Deklarasi itu turut mengutuk sekeras-kerasnya serangan sewenang-wenangnya terhadap orang awam Palestin dan tindakan rejim Israel mengusir penduduk selain menggesa gencatan senjata kemanusiaan segera yang berkekalan, lapor Agensi Anadolu.
Sidang kemuncak itu turut mengulangi bahawa perlu ada tindakan segera, tuntas dan berkesan ke arah mencapai penamatan pendudukan Israel, termasuk mewujudkan negara Palestin yang merdeka dan berdaulat dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara menerusi penyelesaian dua negara yang berdasarkan sempadan sebelum 1967.
Selain itu, sidang kemuncak berkenaan turut mengesahkan sokongan supaya Palestin diterima sebagai negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan mendapatkan hak mereka yang sah.
Deklarasi Kampala turut mengutuk semua tindakan Israel yang menceroboh dan cuba untuk mengubah status fizikal dan demografi undang-undang di Golan Syria yang diduduki dan sekali lagi mendesak agar Israel mematuhi resolusi UNSC yang berkaitan dan berundur sepenuhnya dari Golan.
Sidang kemuncak juga mengutuk ketidakadilan terhadap Afrika dan menyokong pembaharuan UNSC mengenai jumlah perwakilan untuk Afrika dalam Majlis Keselamatan dan dengan itu menyokong African Common Position seperti yang termaktub dalam Konsensus Ezulwini dan Deklarasi Sirte.
Sidang kemuncak yang diadakan di Uganda itu melabuhkan tirainya pada Sabtu, turut menyaksikan Presiden Yoweri Museveni secara rasmi memegang jawatan pengerusi pergerakan berkenaan untuk tempoh tiga tahun lagi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#NAM
#Deklarasi Kampala
#Perang Palestin-Israel
#UNSC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan