Skip to main content

Malaysia

Kecuaian PPPK calar keupayaan PM, Kerajaan MADANI depani krisis

ENYATAAN MEDIA | PANTAU   Pertubuhan Pantau Masyarakat (PANTAU) Kuala Lumpur memandang serius kelewatan Pasukan Petugas Pengurusan Krisis (PPPK) dalam mengemukakan pelan tindakan menyeluruh bagi menangani krisis semasa.  Dalam keadaan rakyat dan peniaga terus berdepan tekanan kos sara hidup, kegagalan bertindak secara pantas dan berkesan mencerminkan kelemahan dari segi kecekapan serta keutamaan tadbir urus.
PANTAU KL menggesa agar pelan tindakan yang konkrit dan boleh dilaksanakan dibentangkan tanpa lengah, demi kesejahteraan rakyat dan kestabilan ekonomi negara.

PERTUBUHAN Pantau Masyarakat (PANTAU) Kuala Lumpur memandang serius kelewatan Pasukan Petugas Pengurusan Krisis (PPPK) dalam mengemukakan pelan tindakan menyeluruh bagi menangani krisis semasa.

Dalam keadaan rakyat dan peniaga terus berdepan tekanan kos sara hidup, kegagalan bertindak secara pantas dan berkesan mencerminkan kelemahan dari segi kecekapan serta keutamaan tadbir urus.

Advertisement

 

 

PANTAU menegaskan bahawa krisis memerlukan tindakan segera, jelas dan bersepadu. Kelewatan hanya akan menjejaskan keyakinan rakyat terhadap keupayaan kepimpinan negara.

Sehubungan itu, PANTAU menggesa agar pelan tindakan yang konkrit dan boleh dilaksanakan dibentangkan tanpa lengah, demi kesejahteraan rakyat dan kestabilan ekonomi negara.

 

Pertubuhan Pantau Masyarakat (PANTAU) Kuala Lumpur
 

Must Watch Video