awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Savannah Guthrie rayu bantuan ketika tarikh akhir wang tebusan semakin hampir
Tiga maut, empat cedera dalam dua nahas berasingan di Batu Gajah, Lenggong
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Delegasi Arab-Islam kecam Israel atas penolakan kunjungan ke Ramallah

Bernama
Bernama
01/06/2025
02:30 MYT
Delegasi Arab-Islam kecam Israel atas penolakan kunjungan ke Ramallah
Kementerian Luar Palestin menegaskan larangan Israel itu "pelanggaran nyata terhadap kewajipan undang-undangnya sebagai kuasa penceroboh, pencabulan perjanjian yang ditandatangani, serta kesinambungan tindakan penindasan terhadap rakyat Palestin."
ANKARA / ISTANBUL: Delegasi menteri Arab mengenai Gaza mengecam tindakan Israel yang enggan membenarkan kunjungan mereka ke Ramallah sebagai "pelanggaran terang-terangan" terhadap tanggungjawabnya sebagai kuasa penjajah di bawah undang-undang antarabangsa, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan pada Sabtu, delegasi itu berkata keputusan Israel menghalang kunjungan itu mencerminkan "keangkuhan pemerintah Israel, sikap tidak mengendahkan undang-undang antarabangsa, serta pelaksanaan berterusan dasar dan langkah tidak sah yang menindas rakyat Palestin."
Delegasi itu terdiri daripada menteri luar Arab Saudi, Mesir, Jordan, Qatar dan Emiriah Arab Bersatu.
Kunjungan yang sebelum ini ditangguhkan itu dijadual menyampaikan mesej sokongan politik kepada kepimpinan Palestin.
Delegasi berkenaan merupakan sebahagian daripada jawatankuasa menteri yang dibentuk semasa sidang kemuncak Arab-Islam di Riyadh dan kini turut membuat persediaan bagi satu persidangan damai antarabangsa yang dijadualkan berlangsung pertengahan Jun di New York, dengan Saudi dan Perancis bertindak sebagai penganjur bersama.
Persidangan itu dijangka menumpukan usaha menghidupkan semula penyelesaian dua negara.
Kementerian Luar Palestin menegaskan bahawa larangan Israel itu "merupakan pelanggaran nyata terhadap kewajipan undang-undangnya sebagai kuasa penceroboh, pencabulan perjanjian yang ditandatangani, serta kesinambungan tindakan penindasan terhadap rakyat Palestin."
Anggota Jawatankuasa Eksekutif Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), Ahmed Majdalani menyifatkan tindakan Israel itu "tidak mengejutkan daripada sebuah negara fasis."
Dalam temu bual bersama Anadolu, beliau berkata sekatan itu adalah sebahagian daripada tekanan berterusan terhadap Pihak Berkuasa Palestin dan usaha untuk melemahkannya, disertai sekatan kewangan, pemecahan kawasan Tebing Barat, serta peningkatan penempatan haram sebagai sebahagian rancangan rampasan tanah secara de facto.
-- BERNAMA
The Ministry of Foreign Affairs and Expatriates views with grave concern the #Israeli occupation governments decision to deny entry to the ministerial delegation formed by the Joint Arab-Islamic Extraordinary Summit on #Gaza, which was scheduled to visit the State of Palestine pic.twitter.com/vD8s7VqzVg
— State of Palestine - MFA (@pmofa) May 31, 2025
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Kementerian Luar Palestin
#delegasi menteri Arab
#Gaza
#Israel halang kunjungan ke Ramallah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami