awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12,600 tiket tambahan ETS sempena Tahun Baharu Cina dijual mulai esok - Loke
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
China bangunkan pemacu gelombang mikro 20GW yang mampu lumpuhkan satelit
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga maut, empat cedera dalam dua nahas berasingan di Batu Gajah, Lenggong

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
10/02/2026
00:20 MYT
Tiga maut, empat cedera dalam dua nahas berasingan di Batu Gajah, Lenggong
Kereta Perodua Bezza yang terbabas berhampiran stesen minyak Petronas Lenggong awal pagi tadi, yang mengorban seorang wanita. - Foto JBPM Perak.
IPOH: Tiga orang maut manakala empat lagi cedera dalam dua nahas berasingan di Batu Gajah dan Lenggong, malam tadi dan awal pagi ini.
Pemangku Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd Hanafiah berkata, dalam kejadian pertama, pihaknya menerima panggilan pada jam 9.45 malam mengenai kemalangan di Kampung Batu 1, Jalan Tanjung Tualang, Batu Gajah.
Menurutnya, kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi dan sebuah pacuan empat roda jenis Toyota Hilux.
“Terdapt dua orang mangsa wanita berumur 34 dan 65 tahun tersepit di bahagian pemandu dan penumpang hadapan kereta Perodua Myvi,” katanya dalam kenyataan di sini.
Beliau berkata, ketua operasi melakukan size up dan mengaplikasikan konsep SAVER, seterusnya mengarahkan anggota melakukan kerja penyelamatan dengan menggunakan peralatan khas hidrolik bagi mengeluarkan mangsa.
Menurutnya, kedua-dua mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Operasi yang membabitkan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Gajah tamat jam 11.10 malam.
Shazlean berkata, dalam satu lagi kejadian, pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan yang berlaku berhampiran stesen minyak Petronas Lenggong, pada jam 3.56 pagi.
Menurutnya, kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Bezza yang terbabas sendiri.
“Kemalangan tersebut melibatkan tiga wanita dewasa, seorang lelaki dewasa dan satu kanak-kanak perempuan.
“Seorang daripada wanita dewasa tersebut tersepit dan disahkan meniggal dunia ditempat kejadian oleh pihak KKM manakala yang lain mengalami dan cedera ringan,” ujarnya.
Beliau berkata, ketua operasi melakukan size up dan mengaplikasikan konsep SAVER seterusnya mengarahkan anggota melakukan kerja penyelamatan dengan menggunakan peralatan khas hidrolik bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit.
Katanya, mangsa yang cedera diserahkan kepada pihak KKM untuk tindakan selanjutnya dan mangsa yang meningal dunia diserahkan ke pihak polis.
Operasi yang melibatkan tujuh anggota dari BBP Lenggong tamat jam 5.03 pagi.
Topic Berkaitan
#Nahas
#meninggal dunia
#JBPM
#KKM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan