awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
“Mak pergi dengan satu nafas yang tenang, dia tersenyum…” - Anuar Zain sebak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Delegasi Ukraine, Rusia tiba di Istanbul untuk rundingan damai

Bernama
Bernama
29/03/2022
04:01 MYT
Delegasi Ukraine, Rusia tiba di Istanbul untuk rundingan damai
Beberapa rundingan damai antara Rusia dan Ukraine yang diadakan di Belarus setakat ini tidak membuahkan sebarang hasil. - Gambar fail/REUTERS
ISTANBUL: Delegasi Rusia dan Ukraine tiba di Istanbul pada Isnin bagi sesi mesyuarat rundingan damai yang seterusnya, setelah krisis antara dua pihak berterusan lebih sebulan, lapor Agensi Anadolu.
Sebuah pesawat persendirian yang membawa delegasi Rusia mendarat di Lapangan Terbang Ataturk Istanbul pada 4 petang waktu tempatan (1300GMT) manakala delegasi Ukraine tiba di Istanbul sekitar jam 10 malam waktu tempatan (1900GMT).
Rundingan damai dua hari itu akan diadakan di pejabat presiden Dolmabahce, pada 10.30 pagi waktu tempatan (0730GMT) Selasa.
Beberapa rundingan damai antara Rusia dan Ukraine yang diadakan di Belarus setakat ini tidak membuahkan sebarang hasil.
Turki menjadi tumpuan dunia pada 10 Mac, berikutan negara itu menjadi tuan rumah kepada pertemuan peringkat tertinggi kedua-dua pihak membabitkan menteri luar Rusia dan Ukraine di bandar Antalya di selatan Turki, sejak krisis tercetus.
Turki mendapat pujian meluas atas usahanya menamatkan sengketa kedua-dua negara itu, berikutan negara itu menjalin hubungan mesra dengan Rusia dan Ukraine.
Krisis Rusia-Ukraine mendapat tentangan antarabangsa, dengan Kesatuan Eropah, Amerika Syarikat dan United Kingdom serta beberapa negara lain melaksanakan sekatan kewangan ke atas Moscow.
Sekurang-kurangnya 1,151 orang awam terbunuh dan 1,842 yang lain cedera manakala lebih 3.87 juta melarikan diri ke negara jiran, menurut agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Rusia
#Ukraine
#Turki
#rundingan damai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan