awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Demokrasi AS berakhir jika saya tewas pilihan raya' - Trump

Astro Awani
Astro Awani
17/03/2024
23:45 MYT
'Demokrasi AS berakhir jika saya tewas pilihan raya' - Trump
Trump berucap ketika mengadakan kempen pilihan raya di Virginia. - Foto REUTERS
OHIO: Calon Presiden Republikan, Donald Trump memberitahu penyokongnya jika beliau tidak memenangi Pilihan Raya Presiden November ini, bermakna kemungkinan demokrasi Amerika Syarikat (AS) akan berakhir.
Beliau membuat kenyataan itu selepas mengulangi dakwaan tidak berasasnya bahawa kekalahannya pada pilihan raya 2020 kepada Presiden Demokrat, Joe Biden adalah hasil daripada penipuan dalam pilihan raya.
Trump berkata demikian semasa jelajah bersama penyokong di Ohio.
"Jika kita tidak menang pada pilihan raya ini, saya tidak yakin akan ada pilihan raya seterusnya di negara ini.
"Saya tidak rasa akan ada pilihan raya yang benar-benar bermakna selepas ini," katanya.
Trump yang berada di bawah dakwaan jenayah di Georgia kerana cuba membatalkan keputusan Pilihan Raya 2020 di sana minggu ini, memenangi undi perwakilan yang cukup secara matematik untuk merangkul pencalonan mewakili Republikan.
Perlawanan semula pilihan raya umum dengan Biden sangat hampir dan sengit.
Tinjauan Reuters minggu lalu misalnya mendapati kedua-dua calon itu berada dalam keadaan seri statistik berdasarkan jumlah pengundi berdaftar.
Trump membuka ucapannya di Dayton dengan penghormatan kepada penyokongnya yang kini dipenjarakan kerana merusuh di Capitol pada 6 Januari 2021, ketika mereka berusaha untuk menyekat pensijilan kemenangan Biden dalam Pilihan Raya 2020.
Trump memberi tabik hormat dan menggelar mereka pahlawan dan tebusan.
Bekas Presiden AS itu menggunakan retorik dalam ucapan kempennya tentang keadaan negara.
Ketika ucapannya tentang meletakkan tarif pada kereta import dan persaingan asing untuk industri automotif AS, Trump mengisytiharkan, jika dirinya tidak dipilih, ia akan menjadi pertumpahan darah untuk seluruh negara.
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#pilihan raya presiden
#Joe Biden
#demokrasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan