PARIS: Polis bertempur dengan penunjuk perasaan di Paris pada Rabu dalam demonstrasi membantah cadangan kerajaan bagi menukar pelan pencen negara.

Pelan berkenaan menjadi kontroversi apabila disahkan oleh Jawatankuasa Penggubal Undang-Undang yang bermesyuarat secara tertutup.

Seramai 37,000 menyertai tunjuk perasaan di ibu negara Perancis dalam bantahan meluas terhadap Rang Undang-Undang Pencen.

Kesatuan Pekerjaan (CGT) melaporkan kira-kira 1.7 juta menyertai bantahan itu di seluruh Perancis.

Demonstrasi Paris dilakukan berhampiran makam Napoleon di Kubah Emas Invalides.

Presiden Perancis Emmanuel Macron dalam rangka bersama jawatankuasa bersama Senat dan Dewan Negara untuk memajukan rancangannya bagi menaikkan umur persaraan daripada 62 kepada 64 tahun.

Namun ia masih belum dapat dilihat mendapat sokongan majoriti Parlimen.

Jika tidak, Macron perlu mengenakan perubahan yang tidak popular secara unilateral.

Kesatuan berharap kira-kira 200 protes di seluruh negara akan menunjukkan akibat politik terhadap perubahan itu, yang telah dipromosikan oleh Macron sebagai teras kepada visinya bagi menjadikan ekonomi Perancis lebih berdaya saing.