awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Denggi di Bangladesh melepasi 100,000 kes, hampir 500 maut

Bernama
Bernama
22/08/2023
12:46 MYT
Denggi di Bangladesh melepasi 100,000 kes, hampir 500 maut
Pada Isnin, sembilan kematian berkaitan denggi dilaporkan di seluruh negara dalam tempoh 24 jam yang lepas, menjadikan jumlah kematian kepada 485. - Reuters
DHAKA: Bangladesh menyaksikan wabak denggi paling teruk setakat bulan ini apabila merekodkan lebih 50,000 kes, dengan 234 kematian, lapor Xinhua.
Selepas melaporkan tambahan 2,197 kes demam denggi dalam tempoh 24 jam lepas sehingga 8 pagi waktu tempatan Isnin, jumlah kes denggi di negara itu sejak Januari kini sebanyak 102,191 kes.
Daripada jumlah itu, 50,359 kes denggi dilaporkan berlaku pada bulan Ogos, menurut data rasmi Direktorat Jenderal Perkhidmatan Kesihatan (DGHS).
Pada Isnin, sembilan kematian berkaitan denggi dilaporkan di seluruh negara dalam tempoh 24 jam yang lepas, menjadikan jumlah kematian kepada 485, menurut DGHS.
Menurut DGHS, sejumlah 94,020 pesakit pulih, termasuk 2,084 pesakit baharu pada Isnin.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bangladesh
#denggi
#angka kematian
#WHO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan