COPENHAGEN: Kerajaan Denmark merancang untuk mengharamkan pembakaran al-Quran susulan penghinaan terhadap kitab suci umat Islam itu di negara Scandinavia yang telah mencetuskan kemarahan di negara-negara Islam.
Menurut Menteri Kehakiman Denmark, Peter Hummelgaard, kerajaan negara itu akan membentangkan Rang Undang-Undang yang akan ‘mengharamkan tindakan yang tidak sesuai terhadap objek yang mempunyai kepentingan jelas kepada komuniti agama.’
Beliau menegaskan, undang-undang tersebut ditujukan terutamanya bagi pembakaran dan penghinaan di tempat awam.
Hummelgaard berpendapat, pembakaran kita suci al-Quran itu merupakan ‘tindakan yang pada asasnya menghina dan tidak bersimpati’ sehingga ‘memudaratkan Denmark dan kepentingannya’.
Undang-undang baharu ini kelak, jelas beliau, akan terangkum dalam 12 bab Kod Panel Denmark, yang meliputi keselamatan negara.
Keselamatan negara, kata Hummelgaard, menjadi ‘sebab’utama pengharaman tersebut.
“Kami tidak akan terus berdiam diri ketika beberapa individu melakukan apa saja yang mereka boleh lakukan untuk mencetuskan kemarahan,” ujar beliau dalam sidang media, pada Jumaat.
Dalam masa sama, beliau memaklumkan, undang-undang yang sama juga akan diguna pakai terhadap kitab Injil dan Taurat.
Undang-undang yang akan diperkenalkan di Denmark kelak akan memperuntukan dedan dan hukuman penjara sehingga dua tahun.
Rang Undang-Undang ini akan dibentangkan di Parlimen pada 1 September ini iaitu selepas enam tahun Denmark memansuhkan undang-undang penghinaan agama yang berusia 334 tahun.
Dalam masa sama, Menteri Luar Negeri Denmark, Lars Lokke Rasmussen berkata, tindakan membakar al-Quran telah mencetus "kemarahan besar-besaran di seluruh dunia."
"Kami telah sedaya upaya membendung kemarahan ini. Ketika ini, suasana cukup tenang, namun, tidak pasti dan sukar untuk dijangkakan (apa yang akan terjadi pada masa depan)," kata beliau dalam sidang media yang sama.
Pada tahun 2006, gelombang kemarahan dan kekerasan anti-Denmark meletus di dunia Muslim susulan penerbitan karikatur Nabi Muhammad. - Agensi
Agensi
Fri Aug 25 2023
Dari kiri Menteri Luar Negeri, Lars Lokke Rasmussen; Menteri Kehakiman, Peter Hummelgaard dan Timbalan Perdana Menteri, Jakob Ellemann-Jensen pada sidang media di Copenhagen, Denmark, pada Jumaat. - Gambar AP
10 Berita Pilihan - (11 September 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 11 September 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Maritim Selangor gagalkan cubaan seludup keluar pendatang
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor berjaya menggagalkan cubaan menyeludup keluar pendatang di sekitar perairan Pantai Tanjung Rhu, Kuala Langat awal pagi tadi.
Liek Hou mahu bantu bekas atlet kurang bernasib baik
Liek Hou mempunyai satu lagi perancangan untuk membelanjakan insentif kemenangan RM1 juta daripada SHAKAM yang bakal diterimanya susulan kejayaan meraih pingat emas di Sukan Paralimpik Paris 2024.
Tumpuan Khamis 12 September 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Polis tahan pengangggur, rampas lebih 60 kg bernilai RM203,632
Polis menahan seorang penganggur dan merampas ganja seberat 65.6 kilogram (kg) dianggar bernilai RM203,632 dalam dua serbuan di kondominium di Cheras dan Segambut, Khamis lepas.
Arul Kanda tidak terlibat dalam transaksi 1MDB sebelum 2014 - Mahkamah
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa Arul Kanda tidak terlibat dalam transaksi yang didakwa salah antara 2009 dan 2014.
PM Anwar hadir majlis makan malam bersama kepimpinan kerajaan Sabah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri majlis makan malam bersama barisan kepimpinan kerajaan Sabah di sebuah hotel di sini, malam ini.
Saham Trump Media menjunam 14.4 peratus selepas debat dengan Harris
Pada 10 September, Donald Trump dan Kamala Harris berdebat buat kali pertama menjelang pilihan raya presiden 2024.
Denmark bahas RUU larang pembakaran al-Quran
Denmark pada Selasa membahaskan rang undang-undang (RUU) untuk mengharamkan pembakaran al-Quran, rentetan penghinaan terhadap kitab suci itu mencetuskan kemarahan di negara-negara Islam.
Denmark haramkan pembakaran al-Quran
Keselamatan negara menjadi 'sebab utama' pengharaman tersebut.
Kerajaan Sweden semak semula Akta Ketenteraman awam selepas insiden bakar al-Quran
Kerajaan Sweden akan menyemak semula Akta Ketenteraman Awam sebagai tindak balas kepada siri serangan berulang terhadap al-Quran.
Bakar al-Quran, Kedutaan Malaysia di Sweden keluar amaran perjalanan
Kedutaan Malaysia di Sweden mengeluarkan amaran perjalanan untuk rakyat Malaysia yang tinggal atau melawat negara itu.
Jerman sifatkan pembakaran al-Quran adalah 'menghina, tidak wajar'
Serangan terhadap kitab suci umat Islam dilihat "berusaha untuk mewujudkan perpecahan," kata timbalan jurucakap kerajaan Jerman Christiane Hoffmann pada Rabu.
Wanita kelahiran Iran bakar al-Quran di Stockholm
Bayrami Marjan mendakwa semua agama perlu dihapuskan selepas membakar kitab suci umat Islam itu.
Menteri Luar Arab Saudi bantah perbuatan cemarkan al-Quran
Menteri Luar Arab Saudi Faisal bin Farhan Al Saud menyuarakan bantahan kerajaan Arab Saudi terhadap semua percubaan untuk mencemarkan al-Quran.
Negara-negara Islam keluarkan respons bersama terhadap penghinaan al-Quran di Eropah - Turki
Negara-negara Islam akan memberikan respons kolektif terhadap demonstrasi membakar al-Quran di Eropah baru-baru.
PM Sweden bimbang demonstrasi berterusan bakar al-Quran
Serangan ke atas al-Quran di Sweden dan Denmark telah menyinggung banyak negara Islam termasuk Turki.
Jenayah kebencian bukan kebebasan ekspresi - Pakistan
Pakistan mengecam tindakan kumpulan pelampau mencemar naskhah al-Quran di Denmark.