awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Denmark mansuh syarat ujian bahasa Denmark sebagai keperluan untuk jadi jururawat

Bernama
Bernama
20/06/2023
03:10 MYT
Denmark mansuh syarat ujian bahasa Denmark sebagai keperluan untuk jadi jururawat
Kemahiran berbahasa Denmark masih diperlukan untuk mendapatkan kelulusan dan bekerja sebagai jururawat dalam perkhidmatan kesihatan Denmark. - Gambar hiasan
COPENHAGEN: Denmark bakal memansuhkan syarat ujian bahasa Denmark untuk jururawat dari atau dilatih di negara Kesatuan Eropah dan bukan EU untuk bekerja di negara itu.
Menurut kenyataan Pihak Berkuasa Keselamatan Pesakit Denmark (DPSA), perubahan syarat peraturan itu terpakai kepada permohonan yang telah diterima oleh badan kerajaan itu serta kepada bakal pemohon yang ingin mendapatkan kelulusan bekerja di Denmark, lapor Agensi Anadolu.
Namun, jururawat dari negara bukan EU akan menjalani tempoh percubaan selama enam bulan sebelum menerima kelulusan akhir.
"Apabila pendidikan anda dianggap memenuhi keperluan pihak kami, anda mesti melengkapkan tempoh percubaan selama enam bulan, selepas itu anda boleh mendapatkan kebenaran Denmark," menurut kenyataan itu.
Sepanjang tempoh percubaan, jururawat akan bekerja sepenuh masa selama enam bulan dan pihak pengurusan hospital akan menilai kemahiran komunikasi dan kecekapan yang dimiliki.
"Adalah menjadi tanggungjawab majikan untuk memastikan bahawa profesional kesihatan yang bekerja mempunyai kemahiran berbahasa Denmark yang mencukupi," menurut DPSA.
Peraturan itu turut terpakai untuk pelantikan percubaan.
Oleh itu, kemahiran berbahasa Denmark masih diperlukan untuk mendapatkan kelulusan dan bekerja sebagai jururawat dalam perkhidmatan kesihatan Denmark, walaupun bukan lagi menjadi syarat wajib untuk lulus ujian bahasa itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bahasa Denmark
#jururawat
#syarat ujian
#Kesatuan Eropah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan