awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ukraine sasar integrasi penuh dalam pasaran tenaga Eropah pada 2027
JANM jayakan semua projek di Kampung Angkat MADANI di Batu Pahat
LPPB bina 29,443 PAKR di Sabah sepanjang enam dekad - Hajiji
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dewan AS gagal lulus rang undang-undang perbelanjaan sementara

Bernama
Bernama
30/09/2023
03:46 MYT
Dewan AS gagal lulus rang undang-undang perbelanjaan sementara
Ahli Parlimen mempunyai masa hingga Sabtu, tarikh akhir tahun fiskal semasa tamat, untuk meluluskan rang undang-undang bagi membiayai kerajaan dan mengelakkan penutupan operasi kerajaan. -AP
WASHINGTON: Anggota Republikan Amerika Syarikat (AS) gagal meluluskan rang undang-undang perbelanjaan sementara yang dikenali sebagai CR, untuk memastikan kerajaan beroperasi sehingga 31 Okt.
Rang undang-undang setebal 165 muka surat itu yang disokong oleh Speaker Dewan Kevin McCarthy, ditolak dengan undian 198-232, dengan 21 Republikan menyertai Demokrat untuk mengagalkannya, lapor Agensi Anadolu.
Ahli Parlimen mempunyai masa hingga Sabtu, tarikh akhir tahun fiskal semasa tamat, untuk meluluskan rang undang-undang bagi membiayai kerajaan dan mengelakkan penutupan operasi kerajaan.
Tidak jelas berapa lama penutupan akan berlangsung, namun ramai yang percaya ia pasti berlaku ekoran perselisihan berterusan Republikan yang melumpuhkan Dewan Perwakilan.
Semasa penutupan, sebahagian besar daripada empat juta kakitangan kerajaan persekutuan akan diberhentikan atau tidak dibayar gaji, manakala petugas perkhidmatan penting, akan bekerja tanpa gaji.
Ini termasuk 1.3 juta anggota perkhidmatan serta penguatkuasa undang-undang persekutuan dan pengawal trafik udara.-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Rang Undang-Undang
#Amerika Syarikat
#perbelanjaan sementara
#penutupan operasi kerajaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan