JANM jayakan semua projek di Kampung Angkat MADANI di Batu Pahat

Majlis serah siap projek berkenaan berlangsung pada Sabtu yang disempurnakan Akauntan Negara Malaysia, Zainani Jusoh dan turut dihadiri Ahli Parlimen Batu Pahat, Onn Abu Bakar. - Gambar JANM
BATU PAHAT: Semua projek yang dirancang bagi Kampung Angkat MADANI Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) di Kampung Minyak Beku, di sini, berjaya disiapkan.
Ringkasan AI
- Projek Kampung Angkat MADANI JANM di Kampung Minyak Beku, Johor berjaya disiapkan, termasuk menaik taraf pagar kubur, Balai Islam, tandas Masjid Jamek Haji Arshad, dan saluran paip 19 buah rumah untuk meningkatkan kualiti hidup komuniti.
- Majlis serah siap projek tersebut turut dihadiri Akauntan Negara Malaysia Datuk Zainani Jusoh dan Ahli Parlimen Batu Pahat Onn Abu Bakar, yang menekankan komitmen kerajaan dalam memberi pulangan sosial bermakna kepada rakyat.
- Kampung Minyak Beku dipilih sebagai Kampung Angkat MADANI JANM, menunjukkan kesungguhan kerajaan dalam memastikan projek pembangunan dikelola dengan cermat untuk kebaikan masyarakat setempat.
Majlis serah siap projek berkenaan berlangsung pada Sabtu yang disempurnakan Akauntan Negara Malaysia, Datuk Zainani Jusoh dan turut dihadiri Ahli Parlimen Batu Pahat, Onn Abu Bakar.
Sementara itu, Zainani berkata, projek itu mencerminkan komitmen kerajaan dalam memastikan setiap sen yang dibelanjakan memberi pulangan sosial bermakna kepada rakyat.
"Kita juga ingin merakamkan penghargaan atas kerjasama strategik agensi kerajaan dan komitmen dalam memantau serta memastikan projek dapat disiapkan dengan sempurna," katanya.
Kampung Minyak Beku telah dipilih dan diluluskan sebagai Kampung Angkat MADANI JANM oleh Kementerian Kewangan pada Mac 2025.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


