WASHINGTON:Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) meluluskan resolusi bagi mendesak Naib Presiden negara itu, Mike Pence menggunakan Seksyen 4 Perkara 25 Perlembagaan untuk menyingkirkan Presiden Donald Trump atas peranannya dalam rusuhan di Bangunan Capitol Rabu lepas.

Menurut laporan House TV, Dewan Senat pada Selasa telah meluluskan usul undi bagi menolak kepimpinan Trump dengan 220 undi berbalas 205 undi.

Sokongan kepada artikel tersebut menggesa Pence memangku jawatan sebagai Presiden selepas Trump didapati gagal melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya selaku ketua negara itu.

Pence sebelum ini bagaimanapun, menerusi sepucuk surat kepada Speaker Dewan, Nancy Pelosi enggan menggunakan kuasanya untuk menyingkirkan Trump menerusi artikel berkenaan kerana tindakan tersebut boleh memecah-belahkan negara.

Namun, Dewan Perwakilan tetap meneruskan usul undi itu sehingga ia diluluskan.

BACA: Serangan Capitol: Kongres mahu singkir Trump

BACA: Cheney undi untuk dakwa Trump

Trump menghadapi tuduhan di atas peranannya 'menghasut pemberontakan'dalam kejadian serangan di bangunan Capitol, Washington DC pada Rabu minggu lalu.