awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita mengaku tidak bersalah ludah polis, hina Islam
Korea Utara kecam serangan AS ke atas Venezuela, tuntut pembebasan Maduro
Polis berjaya kesan pemilik kenderaan asing tutup nombor pendaftaran isi RON95
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Serangan Capitol: Kongres mahu singkir Trump

Agensi
Agensi
13/01/2021
05:19 MYT
Serangan Capitol: Kongres mahu singkir Trump
Presiden Donald Trump didakwa menggalakkan penyokongnya menyerang bangunan Capitol melalui beberapa ciapan yang dihantar di Twitter. Foto - REUTERS
KONGRES Amerika Syarikat mengambil langkah untuk menyingkirkan Presiden Donald Trump daripada jawatannya selepas didakwa memainkan peranan dalam serangan terhadap bangunan Capitol pada 6 Januari lalu.
Kongres yang dikuasai oleh Parti Demokrat memberi tekanan kepada Naib Presiden, Mike Pence untuk menggunakan Artikel 25 Perlembagaan Amerika Syarikat untuk menyingkirkan Trump.
Trump didakwa menggalakkan penyokongnya menyerang bangunan Capitol melalui beberapa ciapan yang dihantar di Twitter.
Ini selepas beliau mendakwa kekalahannya dalam pilihan raya November lalu adalah akibat penipuan, satu dakwaan yang masih belum disokong oleh sebarang bukti kukuh.
“Mereka mendakwa pilihan raya lalu 'dicuri' daripada mereka. Pentadbiran Trump menjemput penyokong presiden yang paling ganas untuk datang ke Washington D.C. pada 6 Januari lalu untuk merusuh,” dakwa Ahli Kongres Pennsylvania (Demokrat), Mary Gay Scanlon.
“Kemudian pentadbiran ini mengapi-apikan lagi penyokong Trump dan menghantar mereka ke bangunan Capitol untuk membuat serangan dan mengganggu proses pengundian Kolej Elektoral.
“Tetapi pentadbiran ini telah menafikan sebarang tanggungjawab terhadap rusuhan ini.”
Politik AS | Trump tidak mengaku bertanggungjawab serangan di Capitol
BACA: Trump nafi bertanggungjawab cetus rusuhan ganas di Capitol
Tambah Mary, Trump menjadi ancaman kepada Amerika Syarikat selagi berkhidmat, malah penyokong setianya sendiri mengakui bahawa beliau tidak lagi layak memegang jawatan itu.
Bagaimanapun, kuasa untuk menggunakan Artikel 25 untuk menyingkirkan Trump adalah hak penuh Mike Pence.
Di bawah Artikel tersebut, Naib Presiden berhak menyingkirkan Presiden sekiranya mengumpul cukup sokongan daripada anggota Kabinet.
Pence, bagaimanapun, enggan berbuat demikian.
Beliau mendakwa, Artikel 25 hanya boleh digunakan sekiranya seseorang Presiden tidak mampu berkhidmat atas sebab kesihatan fizikal atau mental.
Sekiranya berjaya, Trump akan menjadi Presiden pertama dalam sejarah Amerika Syarikat yang disingkirkan oleh Kongres sebanyak dua kali.
Pada 18 Disember lalu, Kongres mengundi untuk berbuat demikian, tetapi ia ditolak oleh Senat Amerika Syarikat, yang dikuasai oleh Parti Republikan.
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#Capitol
#Washington
#Amerika Syarikat
#pilihan raya
#Amerika memilih
#Joe Biden
#Mike Pence
#Republikan
#Demokrat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan