Skip to main content

Dunia

Dewan Perwakilan AS lulus resolusi hadkan kuasa perang Trump terhadap Iran

A general view of the U.S. Capitol building in Washington, D.C., U.S., May 12, 2026. REUTERS/Elizabeth Frantz
Resolusi Kuasa Perang itu diluluskan dengan undian 215 menyokong berbanding 208 menolak. - Foto fail/REUTERS

WASHINGTON: Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) meluluskan satu resolusi diketuai Parti Demokrat yang bertujuan mengehadkan kuasa Presiden Donald Trump untuk melancarkan tindakan ketenteraan terhadap Iran tanpa kelulusan Kongres.

Resolusi Kuasa Perang itu diluluskan dengan undian 215 menyokong berbanding 208 menolak, dengan empat ahli Republikan bertindak melangkaui garis parti untuk menyokong usul berkenaan bersama Demokrat.

Langkah tersebut mencerminkan kebimbangan yang semakin meningkat dalam kalangan anggota Kongres, termasuk daripada Parti Republikan sendiri, terhadap peningkatan konflik antara AS dan Iran.

Resolusi itu bertujuan memastikan sebarang tindakan ketenteraan lanjut terhadap Iran hanya boleh dilakukan selepas mendapat kebenaran rasmi daripada Kongres, selaras dengan peruntukan perlembagaan negara tersebut.

Perdebatan mengenai kuasa perang presiden kembali hangat susulan ketegangan yang memuncak di Asia Barat, dengan ahli Kongres dari kedua-dua parti mula mempersoalkan keperluan penglibatan ketenteraan tanpa pengawasan legislatif yang jelas.

Walaupun resolusi itu diluluskan di Dewan Perwakilan, masa depan langkah tersebut masih bergantung kepada proses seterusnya, termasuk sokongan di Senat dan reaksi pihak White House.
 

 

Must Watch Video

Advertisement