WASHINGTON: Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) bagi melarang senjata api serangan atau separa automatik.
Ini sebagai usaha membendung penggunaan senjata api itu yang sering digunakan dalam siri tembakan besar-besaran di negara itu.
RUU itu diluluskan selepas 217 ahli Dewan menyokong manakala 213 lagi tidak menyokong sebelum RUU itu akan dibawa ke Senat.
Presiden Joe Biden memuji undian Dewan dengan menyatakan majoriti rakyat Amerika bersetuju dengan tindakan ini.
Beliau juga dilapor menggesa Senat untuk pantas membawa RUU ini ke mejanya.
Dalam Dewan Senat yang mempunyai 100 ahli, Demokrat hanya mempunyai 50 kerusi dan 10 undi Republikan diperlukan untuk membawa RUU itu ke peringkat untuk dipertimbangkan.
Bagaimanapun, penggubal undang-undang Republikan melihat sekatan berkenaan sebagai bertentangan dengan hak perlembagaan untuk membawa senjata, menolak untuk menyokongnya.
Kongres sebelum ini meluluskan larangan selama 10 tahun ke atas senapang serangan dan kelopak peluru berkeupayaan tinggi tertentu pada 1994.
Namun penggubal undang-undang membiarkan larangan itu tamat pada 2004 dan sejak itu, penjualan senjata berkenaan meningkat.
Speaker Dewan Rakyat, Nancy Pelosi menyifatkan RUU terbaru itu sebagai langkah penting dalam perjuangan membendung siri tembakan akibat senjata api di Amerika.
Ia akan mengharamkan penjualan, import, pembuatan atau pemindahan senjata separa automatik tertentu seperti yang digunakan dalam tembakan besar-besaran di Buffalo, New York, Uvalde, Texas dan Highland Park, Illinois baru-baru ini.
Hafizi Rosli
Sat Jul 30 2022

Speaker Dewan Perwakilan dari Demokrat, Nancy Pelosi menyifatkan RUU terbaru itu sebagai langkah penting dalam perjuangan membendung siri tembakan akibat senjata api di Amerika - Foto REUTERS

Semua projek rumah mampu milik baharu akan jalani ujian dan analisis - Nga
Semua projek perumahan mampu milik baharu di Malaysia akan menjalani ujian dan analisis bagi menyediakan rumah yang selesa didiami oleh golongan B40 dan M40.

Empat beradik maut dalam kebakaran rumah di Muar
Empat kanak-kanak dipercayai adik beradik maut dalam kebakaran sebuah rumah di Jalan Ismail, Kampung Sabak Awor, di sini pada malam Rabu.

AWANI Ringkas: MOT usaha bangunkan aplikasi lupus kereta buruk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Perdaya pelanggan: Bekas pengurus bank dijatuhi hukuman penjara tiga tahun, denda RM1 juta
Hakim Kamarudin Kamsun menjatuhkan hukuman itu terhadap Chua, 45, selepas dia mengaku bersalah kepada satu daripada 17 pertuduhan yang dikenakan.

Anwar berbuka puasa, beramah mesra dengan komuniti Islam di Hainan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa beramah mesra dan berbuka puasa bersama wakil komuniti Islam setempat serta delegasi Malaysia yang menyertai Forum Boao bagi BFA 2023.

ASEAN, China perlu bekerjasama tangani risiko, manfaatkan lonjakan ekonomi - Tengku Zafrul
Asean dan China perlu menangani empat risiko yang ada pada masa ini untuk memanfaatkan lagi peluang dalam ekonomi masing-masing.
![[TERKINI] Tiada gelora, kepimpinan Melaka bertukar [TERKINI] Tiada gelora, kepimpinan Melaka bertukar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2016264/26099335711680100046951_640x360.jpg)
[TERKINI] Tiada gelora, kepimpinan Melaka bertukar
Desas-desus pertukaran Ketua Menteri Melaka akhirnya terjawab dengan peletakan jawatan Datuk Seri Sulaiman Md Ali sebagai Ketua Menteri. Perkara itu disahkkan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sambil menyatakan beliau menghadap Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam untuk mempersembah nama calon Ketua Menteri baharu.

Tiada tambahan jumlah acara untuk Sukma 2024
Jumlah acara sukan yang akan dipertandingkan dalam Sukma 2024 di Sarawak tidak akan ditambah biarpun ada pihak meminta supaya beberapa acara lagi dimasukkan.

Semua bantuan diperlukan Zii Jia akan diberi menerusi RTG - Norza
Semua bantuan yang diperlukan oleh pemain badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia untuk menghadapi Sukan Olimpik Paris 2024 akan disediakan menerusi program 'Road To Gold' (RTG).

55 sekolah luar bandar di Kedah dilengkapi gentian optik - Fahmi Fadzil
Sebanyak 55 buah sekolah luar bandar di Kedah dilengkapi dengan kemudahan gentian optik PoP yang dapat memperluaskan jaringan liputan infrastruktur jalur lebar sekolah terlibat serta kawasan sekitar.

Gempa bumi landa wilayah Aomori
Agensi Meteorologi Jepun melaporkan sebuah kejadian gempa bumi kuat menggegarkan timur laut Jepun pada Selasa

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Insiden tembakan sekolah Nashville: Biden arah bendera AS dikibar separuh tiang
Insiden tembakan pada Isnin menyebabkan enam orang terbunuh termasuk tiga kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

AS: Penyerang sekolah Kristian Nashville dikenal pasti sebagai Audrey Hale
Hale dikenal pasti sebagai lelaki transgender dan dipercayai pernah bersekolah di sekolah Kristian itu.

Beri masa kepada Azeem Fahmi
Atlet berasal dari Perak itu menunjukkan perkembangan positif sejak tiga bulan berkelana di Amerika Syarikat (AS).

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS dalam dagangan lengang
Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS selepas bergerak dalam julat terhad hari ini disebabkan aktiviti dagangan yang lengang, kata seorang penganalisis.

AS: Utah jadi negeri pertama hadkan penggunaan media sosial dalam kalangan remaja
Utah di Amerika Syarikat bakal menjadi negeri pertama yang mengehadkan penggunaan Facebook, Twitter, Instagram dan platform media sosial lain dalam kalangan remaja, lapor Xinhua.

Azeem raih emas acara 100 meter di Florida
Azeem menamatkan perlumbaan dengan catatan 10.32 saat sekali gus meninggalkan sembilan pelumba lain.

BNM dijangka naikkan OPR pada Julai susulan langkah terbaharu Fed - Pakar Ekonomi
Mereka berpendapat BNM akan mengekalkan OPR pada 2.75% pada mesyuarat awal Mei, sebelum kenaikan 25 bps pada separuh kedua tahun itu.

Data kekal selamat, jamin lindungi pengguna - CEO TikTok
Malah, Shou Zi Chew turut menafikan dakwaan bahawa aplikasi TikTok berisiko kepada keselamatan negara.