WASHINGTON: Pasukan tentera Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berjaya menembak jatuh dua dron serangan satu hala milik Iran yang didakwa mengancam keselamatan laluan perkapalan antarabangsa di Selat Hormuz.
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) dalam kenyataan menerusi platform media sosial X memaklumkan, kedua-dua dron itu dikenal pasti sebagai ancaman kepada laluan perdagangan maritim sebelum berjaya dipintas.
Menurut kenyataan itu, pasukan AS kekal dalam keadaan siap siaga dan bersedia menghadapi sebarang tindakan agresif bagi mempertahankan keselamatan di kawasan berkenaan.
Earlier today, U.S. forces in the Middle East shot down two Iranian one-way attack drones that threatened international maritime traffic in the Strait of Hormuz.
American forces remain postured and ready to continue defending against Iranian aggression.— U.S. Central Command (@CENTCOM) June 7, 2026
Dalam masa sama, ketegangan antara AS dan Iran masih berterusan ketika kedua-dua pihak dilaporkan terlibat dalam rundingan tidak langsung bertujuan mencapai perjanjian sementara bagi meredakan konflik yang telah berlarutan selama tiga bulan.
Rundingan tersebut turut merangkumi isu program nuklear Iran, namun sehingga kini masih belum mencapai kata sepakat, dengan beberapa insiden ketenteraan kecil terus berlaku dari semasa ke semasa di rantau itu.