awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pertelingkahan berkaitan dadah, wang punca lelaki dibunuh, anggota badan dikerat
AS tegaskan perlu milik Greenland, undang reaksi antarabangsa
Tentera Syria mulakan serangan terhadap SDF di Sheikh Maqsoud, Aleppo
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dewan Perwakilan AS luluskan RUU lanjutkan subsidi penjagaan kesihatan

Bernama
Bernama
09/01/2026
09:21 MYT
Dewan Perwakilan AS luluskan RUU lanjutkan subsidi penjagaan kesihatan
Obamacare mempunyai kira-kira 24 juta pendaftar, dengan 22 juta daripadanya layak menerima subsidi tambahan yang membantu mengurangkan premium mereka. - Gambar hiasan
WASHINGTON: Seramai 17 ahli Parti Republikan menyertai kesemua 213 ahli Parti Demokrat di Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) pada Khamis bagi meluluskan rang undang-undang (RUU) untuk melanjutkan subsidi tambahan Akta Penjagaan Mampu Milik (ACA) selama tiga tahun, lapor Xinhua.
RUU itu diluluskan dengan keputusan 230-196 di dewan rendah itu, beberapa hari selepas subsidi tambahan berkenaan tamat pada penghujung 2025.
RUU yang diluluskan Dewan Perwakilan itu kini dibawa ke Senat, di mana tekanan semakin memuncak untuk para senator mengambil tindakan.
Sejak kebelakangan ini, perdebatan mengenai sama ada perlu melanjutkan subsidi ini telah menjadi titik pertikaian utama antara kedua-dua parti.
Pada September lepas, ahli Demokrat menyarankan agar pelanjutan itu dimasukkan dalam RUU pembiayaan, manakala ahli Republikan menegaskan untuk meluluskan RUU pembiayaan "bersih" sementara pada tahap perbelanjaan sedia ada bagi memberi lebih masa untuk rundingan.
Kebuntuan antara kedua-dua pihak itu membawa kepada penutupan Kerajaan Persekutuan AS yang paling lama dalam sejarah, bermula dari 1 Okt hingga 12 Nov pada 2025.
Demokrat bersetuju untuk menamatkan penutupan kerajaan selepas Ketua Majoriti Senat John Thune menjanjikan undian kepada Demokrat Senat "tidak lewat daripada minggu kedua Disember" berhubung subsidi tambahan ACA itu. Bagaimanapun, Senat tidak memajukan RUU berkaitan dalam undian susulan itu.
Akta Penjagaan Mampu Milik, yang lebih dikenali sebagai Obamacare, mempunyai kira-kira 24 juta pendaftar, dengan 22 juta daripadanya layak menerima subsidi tambahan yang membantu mengurangkan premium mereka.
--BERNAMA-XINHUA
TAG: AS, Akta Penjagaan Mampu Milik, Lanjutan, subsidi, bahas, rang undang-undang, meluluskan
Topic Berkaitan
#Akta Penjagaan Mampu Milik
#Amerika Syarikat
#ACA
#kesihatan
#dewan erwakilan
#RUU
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan