DEWAN Senat Australia meluluskan rang undang-undang yang memerlukan Facebook dan Google memberi bayaran bagi setiap kandungan berita yang dikongsikan di platform mereka.
Melalui rang undang-undang berkenaan Facebook serta Google perlu berunding dengan syarikat penerbitan berita di peringkat timbang tara jika kedua-dua pihak gagal mencapai kata sepakat mengenai pembayaran kandungan berita yang dikongsikan di platform mereka.
Kelulusan Dewan Senat ini menyusul pindaan yang dibuat ke atas rang undang-undang berkenaan ekoran tindakan Facebook yang menyekat kandungan berita di Australia pada hujung minggu lalu, termasuk kandungan berkaitan maklumat kecemasan.
Selain Facebook, Google juga tidak bersetuju dengan rang undang-undang berkenaan dan pernah mengancam akan menutup operasi enjin pencariannya di Australia.
Selepas diluluskan Dewan Senat, rang undang-undang itu kini perlu diluluskan oleh Dewan Perwakilan untuk proses undi pada Khamis.
Isu ini bukan sahaja menjadi topik utama di Australia malah turut diikuti oleh ramai pemimpin dunia, seperti Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau yang sudah memberi gambaran mengenai potensi kerjasama regulatori antara kedua-dua negara.
Hujung minggu lalu Facebook menyekat semua kandungan beritanya, termasuk kandungan berkaitan hal-hal kecemasan di Australia.
Facebook juga menegaskan perkongsian kandungan yang dibuat menerusi platformnya memberi manfaat kepada syarikat penerbitan berita.
Ahmad Khairol Shafizan Johari
Wed Feb 24 2021

Facebook serta Google perlu berunding dengan syarikat penerbitan berita di peringkat timbang tara jika kedua-dua pihak gagal mencapai kata sepakat. - Gambar fail

Cabaran getir buat skuad badminton negara dalam Piala Sudirman
Malaysia dijangka berdepan laluan sukar pada Kejohanan Piala Sudirman yang dijadualkan berlangsung dari 14 hingga 21 Mei di Suzhou, China.

Warga emas parah rumah dirempuh MPV meninggal dunia
Mangsa, Rahimah Abdul Majid, 82, meninggal dunia pada jam 10.30 malam ketika menerima rawatan di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS).

Piala Sudirman: Malaysia berentap dengan Taiwan, India di peringkat kumpulan
Skuad badminton negara akan berdepan cabaran sengit Taiwan dan India dalam saingan peringkat kumpulan Kejohanan Badminton Piala Sudirman 2023 di Suzhou, China pada Mei depan.

Bakal jemaah Haji berpeluang dapatkan Pakej Rahmah
Bakal jemaah haji pada tahun ini berpeluang mendapatkan Pakej Rahmah Haji yang ditawarkan pada harga di bawah RM50,000 seorang oleh Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang diberikan lesen oleh Lembaga Tabung Haji (TH).

Malaysia terbuka untuk perbincangan semula pembinaan
Malaysia terbuka untuk mengadakan perbincangan semula berhubung pembinaan Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman (KSCIP) yang sebelum ini dihentikan.

Status pemulihan air di mencapai 25.5 peratus
Susulan gangguan bekalan air tidak berjadual di beberapa kawasan di Klang dan Shah Alam. Air Selangor memaklumkan, sehingga pukul 12 tengah hari Sabtu, status pemulihan bekalan air di kawasan yang terjejas telah mencapai 25.5 peratus

Ditegur baca doa laju, lelaki bertindak pukul bapa
Seorang lelaki diberkas selepas memukul bapanya menggunakan kerusi ketika berbuka puasa dalam kejadian di sebuah rumah di sini pada Jumaat. Suspek berumur 34 tahun itu dipercayai berang setelah ditegur mangsa kerana membaca doa berbuka puasa dengan laju.

Lawatan rasmi PM ke China dijangka teroka kerjasama pelbagai bidang baharu
Kerajaan kedua-dua negara yang mendapat mandat baharu itu mungkin menumpukan kepada bidang pelancongan, kesihatan dan pendidikan.

Fokus Minggu Depan: Untung nasib peniaga di bulan Ramadan
Fareez Azman, Wartawan Astro AWANI

Wanita mohon maaf rempuh enam gerai bazar Ramadan
Kejadian lebih kurang jam 10 pagi itu berlaku ketika dia hendak meletakkan kenderaannya di situ susulan kedai sewanya berhampiran lokasi tersebut.

Acara Earth Hour dibatalkan di Australia susulan amaran ribut petir
Beberapa lokasi yang mungkin terjejas termasuk Tenterfield, Glen Innes, Inverell, West Wyalong, Ashford dan Cowra.

AWANI-RareTV: Kampung Koboi Katanning rupanya ada kampung Melayu!
Mengenali masyarakat Melayu yang berada di Katanning, Australia adalah satu pengalaman yang sukar untuk digambarkan dengan kata-kata.

ICAO putuskan dengar kes MH17 terhadap Rusia
Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) memutuskan untuk mendengar kes yang difailkan oleh Belanda dan Australia terhadap Rusia berhubung nahas pesawat MH17.

Haba panas, risiko kebakaran di New South Wales Australia
Negeri New South Wales (NSW) Australia mengalami haba melampau, dengan suhu di beberapa kawasan dijangka mencecah hampir 40 darjah Celsius yang boleh mencetuskan risiko kebakaran pada hujung minggu.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Ladang Australia pantau tahap kecergasan ayam dengan 'FitChix'
'FitChix' dilaporkan memiliki fungsi sama seperti jam tangan kecergasan yang popular masa kini.

Syarikat perisian Atlassian kurangkan 500 sektor pekerjaan
Syarikat perisian Australia Atlassian dilaporkan mengurangkan sekitar 500 sektor pekerjaan, mewakili lima peratus daripada tenaga kerja.

Suhu Sydney diramal cecah 40 darjah Celcius, paling panas dalam tempoh dua tahun
Situasi tersebut, menurut laporan REUTERS turut dijangka meningkatkan risiko kebakaran hutan.

Australia mahu tingkatkan penglibatan ekonomi dengan ASEAN - Penny Wong
Australia akan melancarkan Strategi Ekonomi Asia Tenggara pada akhir tahun ini yang bertujuan untuk memaksimumkan penglibatan dan potensi ekonomi dengan negara-negara di rantau ini.

Australia hormati apa-apa keputusan terhadap Lynas - Penny Wong
Australia menghormati sebarang keputusan kerajaan Malaysia berhubung operasi loji nadir bumi di Gebeng, Pahang milik Lynas Rare Earths Ltd, kata Menteri Luar Australia Penny Wong.