KUALA LUMPUR : Ramai tidak sangka di sebalik keriangan, serta keramahan senyuman manis yang sering ditunjukkan oleh chef terkenal kelahiran Turki, Burak Özdemir di media sosial sebenarnya menyimpan berita yang berat untuk dikongsikan.
Dia yang tidak lokek dengan senyuman dalam setiap paparan video yang dimuat naik di laman sosial TikTok yang memaparkan bakat masakannya, sering berkongsi rezeki dengan masyarakat yang kurang bernasib baik.
Baru-baru ini, peminatnya dari serata dunia menyuarakan rasa terkejut dan bersimpati dengan nasib chef kesayangan mereka ini selepas mengetahui bahawa dirinya menderita sakit tumor otak.
Lebih sebak lagi, dalam dua perkongsian video terbaharu beliau, Chef Burak kelihatan sugul dan pucat, selain berat badannya menyusut.
"Sekiranya saya sudah tidak ada lagi, (kenangi saya) menerusi video-video masakan amal yang dibuat sebelum ini," kongsinya dalam salah satu video yang dimuat naik baru-baru ini.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat mendoakan agar Chef Burak diberikan kekuatan serta dikurniakan kesembuhan segera dari penyakit itu
"Saudaraku Burak, tolong kuat (menghadapi dugaan) dan kami semua mendoakan anda," petik salah satu komen yang dibuat di paparan video itu oleh pengguna @adilyegna.
Nickyson Nyambar
Tue May 10 2022

Burak Ozdemir atau lebih dikenali Chef CZN Burak berkongsi kondisi kesihatannya di laman sosial TikTok sejak Ahad lalu memperlihatkannya kelihatan lemah dan tidak bermaya akibat sakit tumor otak. -Gambar @cznburak

Penunggang Khayal | Polis giat kesan lelaki tular di lebuh raya
Polis sedang mengesan seorang lelaki yang menunggang motosikal dipercayai khayal di kilometer 267 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan susulan tular video berkenaan di laman media sosial pada Jumaat. Menurut laporan Sinar Harian video berdurasi 40 saat itu menunjukkan lelaki terbabit menunggang motosikal berwarna hitam tanpa nombor pendaftaran.

Subsidi Minyak | Pemansuhan beri kesan besar kepada peniaga
Pemansuhan subsidi minyak masak botol turut memberi kesan besar kepada rakyat di Sarawak terutama peniaga makanan sebagai pengguna tegar produk berkenaan. tinjauan kru Astro AWANI di sekitar Kuching mendapati harga minyak masak botol meningkat hampir dua kali ganda daripada harga biasa.
![AWANI Borneo [02/07/2022] - Kerjasama dengan GRS | Kenaikan harga barangan | Bekalan air sudah ada AWANI Borneo [02/07/2022] - Kerjasama dengan GRS | Kenaikan harga barangan | Bekalan air sudah ada](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1976280/23621876161656762886433_640x360.jpg)
AWANI Borneo [02/07/2022] - Kerjasama dengan GRS | Kenaikan harga barangan | Bekalan air sudah ada
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Syaff Shukri #AWANIBorneo 2 Julai 2022 : BN Sabah akan tentukan kerjasama dengan GRS dalam waktu terdekat. Tidak mahu ditipu Sarawak teliti situasi sebelum umumkan inisiatif bantuan Peniaga Pasar Karamunting Sandakan tidak lagi penat angkat air #AWANInews #MalaysiaBangkit

Penurunan Kuasa | Kukuhkan Persekutuan, Sabah dan Sarawak
Penurunan kuasa Persekutuan kepada Sabah dan Sarawak adalah tindakan terbaik yang perlu difikirkan kerajaan untuk mengukuhkan Malaysia. Perjuangan pemimpin di Sarawak misalnya dalam mengembalikan hak negeri itu melalui Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) menggambarkan kesan positif atas kestabilan politik dan kehidupan rakyat negeri itu.

BAM terus kerja keras lahirkan jaguh perseorangan lelaki
Barisan kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sentiasa bekerja keras untuk melahirkan jaguh perseorangan lelaki negara seterusnya, yang mampu memberi cabaran di peringkat antarabangsa.

Zon Halal | Usahawan perlu peroleh pengiktirafan sijil
Majlis Amanah Rakyat (MARA) Sarawak kini komited untuk menjadikan Bazar MARA Sarikei sebagai lokasi perniagaan berstatus zon halal. Menurut Timbalan Ketua Pengarahnya, Datuk Zulfikri Osman, komitmen tersebut dizahirkan dengan mensyaratkan usahawan premis makanan di bazar itu memperoleh pengiktirafan sijil halal.

Bekalan Air | Peniaga Pasar Karamunting lega sudah ada
Derita peniaga dan pengunjung di Pasar Karamunting, Sandakan, berakhir apabila masalah air yang dihadapi berbulan lamanya dapat perhatian pihak berwajib.

Kenaikan Harga Barang | Sarawak teliti situasi sebelum umum inisiatif
Kerajaan negeri Sarawak perlu meneliti data dan situasi kenaikan harga barang sebelum inisiatif tertentu dilaksanakan di peringkat negeri. Bagaimanapun tegas Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, masalah yang dihadapi seluruh dunia itu tidak mempunyai penyelesaian secara langsung dan bantuan yang diberi hanya untuk meringankan beban sementara.

Deepavali | Sarawak minta AGC teliti pewartaan cuti umum
Sarawak akan mencari cara untuk mewartakan perayaan Deepavali sebagai cuti umum meskipun kalendar negeri sudah kehabisan kuota. Jelas Abang Johari, pihaknya sedang meminta Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk meneliti perkara itu.

Politik | Rakyat Sabah perlu bijak pilih pemimpin
Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal mahu rakyat Sabah memilih kerajaan yang menjaga kebajikan serta meringankan beban rakyat dalam pilihan raya akan datang. Menurut Shafie, ia berikutan keadaan negara yang berdepan pelbagai masalah di bawah pemerintahan kerajaan Persekutuan ketika ini.

Di sebalik 'senyuman', ramai tidak sangka chef CZN Burak menderita tumor otak
Selain tidak pernah lokek dengan senyuman manis, chef ini sering beramal mulia menyediakan juadah buat masyarakat yang kurang bernasib baik.