awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dari bilik darjah desa ke pentas dunia, tiga murid Orang Asli raih emas robotik antarabangsa
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Diancam kepupusan, zoo di Indonesia giat biakkan biawak Komodo

Agensi
Agensi
04/11/2021
09:05 MYT
Diancam kepupusan, zoo di Indonesia giat biakkan biawak Komodo
Spesies biawak gergasi itu hanya ditemui di sebuah pulau terpencil iaitu Pulau Komodo dan beberapa pulau yang berdekatan di timur Indonesia. - Reuters
SURABAYA: Sebuah zoo di Ondonesia giat membiakkan biawak Komodo sebagai usaha mengelakkan biawak terbesar di dunia itu daripada diancam kepupusan, lebih-lebih lagi dengan masalah perubahan iklim.
Di dalam sebuah kurungan di zoo Surabaya, anak-anak reptilia yang biasa dipanggil sebagai 'naga Komodo' itu dilihat saling menjelirkan lidahnya yang bercabang. Ada antaranya yang bersaing sesama sendiri untuk menarik perhatian betina, manakala beberapa yang lain sedang berehat di dalam kolam.
Biawak gergasi itu hanya ditemui di sebuah pulau terpencil iaitu Pulau Komodo dan beberapa pulau yang berdekatan di timur Indonesia. Pada September, Kesatuan Konservasi Alam Sekitar Antarabangsa meletakkan haiwan purba itu dalam senarai merah spesies yang terancam, dengan menyebut perubahan iklim menjadi faktor utamanya.
Peningkatan suhu global dan paras air laut dijangka menyusutkan habitat ideal biawak Komodo hingga sekurang-kurangnya 30 peratus dalam tempoh 45 tahun lagi.
Reuters melaporkan, pihak pengurusan zoo berharap usaha mereka untuk menyelamatkan biawak itu akan menarik perhatian pemimpin dunia yang sedang bersidang di Glasgow, supaya mengambil langkah segera untuk menangani masalah perubahan iklim.
Sejak melancarkan program pembiakan itu, zoo berkenaan telah meningkatkan populasi reptilia itu kepada 108 ekor biawak dewasa dan 35 anak biawak, sementara 40 biji telur lagi sedang diinkubasi.
Penjaga zoo, Rukin, berkata, suhu dan kelembapan perlu dilaras dengan betul untuk sesi mengawan yang optimum.
Memang menjadi misi zoo itu untuk melepaskan haiwan-haiwan itu kembali ke habitat liar pada suatu masa yang sesuai.
"Saya harap kami di sini boleh membiakkan reptilia ini dengan baik dan cara yang betul," ujar Rukin.
Tambahnya, dia amat berharap projek itu dapat memastikan generasi akan datang masih dapat menyaksikan biawak Komodo secara berdepan, bukan hanya sekadar di gambar.
Topic Berkaitan
#biawak komodo
#haiwan terancam
#zoo indonesia
#spesies terlindung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan